D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

16 Julai 2012

Ikan Pelampung Jaring/Tiger Bard / sumatera bard

Ikan Barb cantik, aktif mudah dipelihara dan dibiakkan. Ia berasal dari kawasan Asia dan Afrika. Spesies Asia terdapat di India, Malaysia dan sebahagian Negeri China. Terdapat beberapa spesies dalam kumpulan Ikan Barb, iaitu Tiger Barb ( Barbus tetrazona), Tiger barb tempatan (Barbus pentazone) Golden Barb (Barbus schuberti), Cherry barb ( Barbus conchonius), Black Ruby barb (barbus nigrofasciatus) dan Rosy barb ( Barbus conchonius). Ia adalah sejenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai ( Puntius Swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Ikan Barb boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium memerlukan system penapisan dan pengudaraan. Jenis yang biasa diternak dalam akuarium ialah jenis yang kecil. Ikan ini dapat hidup selama 2-3 tahun ia sangat cantik jika dipelihara dalam kumpulan nonospesies.


Terdapat beberapa jenis baru di pasaran seperti ' Green barb' yang mempunyai belang ( stripe) yang besar berwarna hijau berkilat dan jenis " Albino barb", yang berwarna kemerah-merahan dari spesies ikan Tiger Barb. Jenis lain ialah Rosy barb yang mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor yang panjang dikenali sebagai ' long-finned Rosy Barb'. Jenis-jenis baru seperti ini biasanya lebih laris dipasaran.


HARGA IKAN TIGER BARD DIPASARAN : 1 EKOR = RM0.50-1.00 (kaji selidik oleh Pakcikhusen di sekitar sungai petani kedah)


TIGER BARD GREEN : 1 EKOR = RM1.00

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog