D

3 Januari 2015

AH LONG SERANG MANGSA BANJIR KELANTAN

SHAH ALAM – “Saya dapat laporan ah long sudah pergi ke Kelantan dan tawarkan bantuan pinjaman kepada mereka (mangsa banjir),” demikian kegusaran yang disampaikan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam sidang media khas di sini, hari ini.
Menurutnya, beliau menerima aduan daripada beberapa pihak mengenai kewujudan pemberi pinjaman wang tidak berlesen itu yang bertujuan untuk mengambil kesempatan di atas kesusahan mangsa banjir dengan menawarkan bantuan pinjaman. BACA LAGI

RON95 TURUN 35SEN

Harga minyak RON95 diturunkan sebanyak 35 sen kepada RM1.91 bermula;

- 12.01 tengah malam ini, 1 Januari 2015.

Harga baharu diesel pula ialah RM1.93 dan RON97 berharga RM2.11.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ron95-turun-35-sen-kepada-rm1-91-mulai-tengah-malam-ini-1.43047

1 Januari 2015

PETUA BISUL

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan  penghasilan nanah atau abses.  Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

Kemunculan dan Lokasinya - Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit.  Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman “Staphylococcus Aureus” iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot.

Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung, muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung. Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama.Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes. BACA SETERUSNYA

SUDU

Arkib Blog