Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan
penghasilan nanah atau abses. Bisul merebak apabila mana-mana
bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di
sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh
merebak hingga ke otak.
Kemunculan dan Lokasinya - Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman “Staphylococcus Aureus” iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot.
Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung, muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung. Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama.Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes. BACA SETERUSNYA