D

3 Jun 2013

[BERITA] Suami isteri maut leher dikelar, kepala ditetak

 
Balut mayat guna tilam

IPOH – Sepasang suami isteri ditemui maut dalam keadaan mengerikan apabila leher dikelar dan kepala ditetak di rumah mereka di Kampung Ayer Tawar, Manjung, dekat sini, awal pagi semalam.

Mangsa, K Ashahkumar, 36, dan isteri, V Panumathy, 38, ditemui di dalam dan luar rumah mereka dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, dia melihat Panumathy terbaring di atas jalan dan cuba mendapatkan bantuan selepas melihat jirannya mengalami kecederaan parah di kepala kerana menyangka mangsa mengalami kemalangan.

“Ketika menghampirinya, mangsa masih boleh bernafas dan saya segera menghubungi ambulan serta polis untuk mendapatkan bantuan.

“Jiran lain yang melihat kejadian itu bergegas ke rumah mangsa dan menemui seorang lelaki dipercayai suami mangsa telah mati dan dibalut menggunakan tilam.

“Mayatnya ditemui di ruang tamu rumah dan lehernya dikelar teruk sehingga mengakibatkan tilam yang membalutinya dipenuhi darah.

“Sebelum ini, pasangan terbabit yang bekerja sebagai penyembur racun perosak di ladang kelapa sawit berhampiran didapati sering bergaduh. Tetapi, saya tidak menyangka akan menemui mereka dalam keadaan begini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa ditemui mati di rumah oleh jiran berhampiran yang turut memaklumkan insiden tersebut kepada polis untuk mendapatkan bantuan.

“Mayat Ashahkumar, ditemui mati di ruang tamu rumah manakala mayat isterinya, Panumathy, di luar halaman rumah mereka.

“Suami mangsa disahkan maut ditempat kejadian oleh pasukan perubatan selepas mengalami pendarahan teruk manakala isteri yang mengalami kecederaan di kepala dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, siasatan berhubung punca kejadian masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara kedua pihak ataupun mereka menjadi mangsa samun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana bunuh.

“Mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.


SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/suami-isteri-maut-leher-dikelar-kepala-ditetak-1.166770

[BERITA] 19 GRO WARGA ASING DI TAHAN


19 GRO warga asing ditahan
Salah seorang GRO yang cuba bersembunyi ketika operasi dilakukan.
JOHOR BAHRU - Seramai 19 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sayang di sebuah pusat hiburan terletak di Stulang Laut, di sini kelmarin.

Serbuan jam 11.50 malam itu disertai oleh 20 anggota dan pegawai diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Masri Adul.

Masri berkata, seorang daripada 19 GRO berusia 16 hingga 43 tahun terbabit merupakan wanita warga Indonesia, manakala selebihnya adalah rakyat Vietnam.

“Bertindak daripada aduan awam, anggota ops melakukan serbuan di Stulang Laut. Kehadiran anggota ops tidak disedari oleh GRO warga asing ini kerana berpakaian preman.

“Bagaimanapun, ketika anggota ops memperkenalkan diri, GRO warga asing ini ada yang bertindak untuk cuba meloloskan diri dengan bersembunyi di bawah singki di dalam bilik,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, kesemua ditahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan dan bekerja tanpa pas serta permit.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/19-gro-warga-asing-ditahan-1.166889

2 Jun 2013

Pelik ! Majlis Pelik Pengkebumian Raja Kerbau Jantan







BANGKAI seekor kerbau jantan diarak penduduk kampung ke kuburnya di daerah Leishan pada Ahad lalu.


BEIJING - Sejumlah penduduk mengebumikan bangkai seekor kerbau jantan di daerah Leishan, wilayah Guizhou, China pada Ahad lalu.

Haiwan berusia 28 tahun itu telah memenangi banyak pertandingan laga kerbau jantan sehingga ia dianggap sebagai wira di daerah tersebut.

Kerbau tersebut yang juga dikenali sebagai Raja Kerbau Jantan telah memenangi 11 kejuaraan sebelum ia bersara pada tahun 2009.

Bangkai haiwan itu juga diarak oleh penduduk yang mengangkatnya dengan menggunakan beberapa batang kayu sehingga ke lokasi tempat ia ditanam





sumber : http://zamrispoon.blogspot.com/2013/06/pelik-majlis-pelik-pengkebumian-raja.html

SUDU

Arkib Blog