D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

8 Oktober 2022

Kad pesara dan kod² berkaiatan

 Hari ni saya dpt pengelaman baru mengenai kad pesara kita.

Tlg semak samada kad pesara  kita  tercatat  AP atau AB.

Kalau AP betul.Kalau AB tlg buat pembetulan dgn JPA.

AB maksudnya Badan Berkanun pihak hospital tak blh cover .

Hari ni anak saudara saya gi hospital kena bayar rm2700 sbb kad pesara dia AB tapi dia seorang guru di sk tmn melawati


*KAD PESARA DAN KOD-KOD BERKAITAN*


*TAHUKAH ANDA?*


Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia


*PERTAMA*

AP : Pesara Awam 

        Persekutuan


AN: Pesara Awam Negeri


AB: Pesara Awam Badan 

       Berkanun


AK: Pesara Awam Pihak 

       Berkuasa Tempatan


AX: Pesara Awam Kesihatan

       Persekutuan


AY: Pesara Awam Kesihatan 

      Badan Berkanun


AZ: Pesara Kesihatan 

       Tentera


AT: Pesara Angkatan 

      Tentera 


AS: Pesara Polis


AW: Pesara Awam 

        Kesihatan Pihak 

        Berkuasa Tempatan


*KEDUA*

Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan - setelah kematian pesara)


BP : Pasangan Pesara 

       Awam Persekutuan


BN: Pasangan Pesara Awam 

       Negeri


BB: Pasangan Pesara Awam 

       Badan Berkanun


BK: Pasangan Pesara Awam 

       Kuasa Tempatan


BX: Pasangan Pesara Awam 

       Kesihatan Persekutuan


BY: Pasangan Pesara Awam 

       Kesihatan Badan 

       Berkanun


BZ: Pasangan Pesara 

       Kesihatan Tentera


BT: Pasangan Pesara 

      Angkatan Tentera 


BS: Pasangan Pesara Polis


BW: Pasangan Pesara 

        Kesihatan PBT 


* kad atas kiri atas ialah contoh kad penerima pencen terbitan akibat kematian anggota awam / pesara


* nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)


* hanya nama pasangan yang dikahwini semasa masih dalam perkhidmatan sahaja yang akan tertera di atas Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup)


* bagi pasangan yang dikahwini selepas bersara, surat jaminan akan dikeluarkan untuk membolehkan pasangan tersebut menggunakan kemudahan perubatan 


———————————


*KELAYAKAN WAD*

(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)


*JUSA ke atas:*            

Kelas 1A (bilik Seorang)


*Gred 45-54:*

Kelas 1A (bilik seorang)


*Gred 31-44:*                            

Kelas 1B (Bilik Berdua)


*Gred 21-30:*

Kelas 1C (Bilik Bertiga)


*Gred 1-20:*

Kelas 2 (bilik berempat)


————————————


Siapa yang layak menikmati kemudahan perubatan ini?


- pesara

- pasangan 

- anak-anak bawah umur 18 

   tahun, jika sambung 

   belajar di IPT, sehingga 

   21 tahun

- ibu bapa (untuk 

   perubatan dan dialisis 

    sahaja)


————————————


Siapa yang akan membiayai perubatan pesara? 


Pesara Awam Persekutuan:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KWAP & JPA


Pesara/Veteran ATM Berpencen:

JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)


Pesara Awam Negeri:

PEJABAT KEWANGAN NEGERI, PEJABAT SUK NEGERI MASING-MASING


Pesara Awam Badan Berkanun:

BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI BADAN BERKANUN TERSEBUT


Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERSEBUT 


————————————


Bagaimana kalau ada kesilapan di Kad Pesara anda? 


Sekiranya terdapat kesilapan nama, nombor kad pengenalan, kod pesara dan kelayakan wad di Kad Pesara anda, sila maklumkan kepada pihak kami di talian 03-88878777 atau emailkan nama dan nombor mykad anda ke mypesara@kwap.gov.my


Sekian dimaklumkan.


Tolong SHARE dan TAG kawan-kawan anda yang berkaitan boleh?


Terima kasih


Bahagian Pasca Perkhidmatan 

JPA

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog