D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

6 Ogos 2021

Long covid.. Bekas positif kovid perlu tahu

 Doktor, apa ke benda long covid ni?


Meh, saya nak cerita.


Sebelum tu nak kena faham dulu jangkitan covid ni ada 5 kategori.


Kategori 1: positif tapi takde gejala


Kategori 2: positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru


Kategori 3:positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru


Kategori 4: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan


Kategori 5: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ


Yang kita bimbang ada kategori 3,4 dan 5. Bila dah masuk ketegori ni, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang di panggil LONG COVID!


Kenapa dipanggil Long Covid?


Mudah cerita begini. Pesakit covid dah sembuh tapi menanggung komplikasi covid yang berpanjangan.


Seperti batuk tak hilang-hilang. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.


Sakit-sakit tubuh tak hilang. Sakit perut berpanjangan. Selalu sakit dada. Sakit kepala yang amat. Ada yang sampai hilang ingatan. Ada yang mandul. Memang menakutkan!


Itulah realitinya.


Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Siksa tau!


Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tak nak kena covid. Tetap ada risiko dapat jangkitan covid cuma tak masuk ke Kategori 3,4 dan 5. 


Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long covid ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu kena faham.


Kongsikan info ini dalam group-group whatsapp kenapa pentingnya ambil vaksin untuk elak menanggung Long Covid yang amat menyiksakan.


Dr. Ahmad Samhan

Nota: Lebih 100,000 subscribers sertai ilmu kesihatan PERCUMA di telegram Dr. Samhan 👉🏻 https://t.me/drsamhan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog