D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

14 Februari 2021

Terkini operasi JPJ terhadap peniaga buah trafik light


 JPJ  telah menjalankan advokasi (nasihat) terhadap penjaja jalanan yang menjual buah-buahan di persimpangan jalan lampu isyarat di beberapa lokasi utama jalan di sekitar Daerah SPU dan SPT baru-baru ini. 


Tujuan advokasi ini dijalankan adalah bagi memberi nasihat dan kesedaran keselamatan jalan raya terhadap penjaja buah - buahan di jalanan serta risiko kemalangan terhadap penjaja itu sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain. 


Sepanjang advokasi yang di jalankan selama 2 jam, seramai 13 orang penjual jalanan telah diberi nasihat dan penerangan serta kesan yang akan dihadapi sekiranya mereka masih meneruskan aktiviti menjaja di jalanan. Nasihat juga diberi supaya penjaja jalanan mencari lokasi lebih sesuai dan tidak berbahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain. 


Peruntukkan undang - undang sedia ada yang membolehkan tindakan diambil terhadap penjaja jalanan di bawah Kaedah 10A(1) 1959 ( LN 166/1959 ) iaitu menawar atau menjual benda atau barang kepada mana - mana orang yang berada di dalam atau di atas apa-apa kenderaan motor di persimpangan jalan atau mana- mana jalan raya. 


Bagi pembeli pula tindakan boleh di ambil di bawah Kaedah 10A (2) 1959 ( LN 166/1959 ). Kedua-dua kesalahan tersebut boleh di kenakan hukuman di bawah Seksyen 119(2), denda tidak melebihi RM 2,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog