D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

16 Mei 2020

Apa itu daging batang pinang

Daging batang pinang atau lebih dikenal dengan nama Inggerisnya Sirloin adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibanding bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara potongan daging lembu di America adalah berbeza berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di America potongan "top sirloin" merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat stik.
Daging batang pinang biasanya di gunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma dinegara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi masyarakat Malaysia dan Indonesia; iaitu satay.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog