LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home » » insentif kelahiran anak kedah 2017 (IKA)

insentif kelahiran anak kedah 2017 (IKA)

borang 
berita

Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga. Skim ini adalah berbentuk barangan keperluan bayi yang akan diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Kedah.
Objektif
– Meringankan beban kewangan pasangan suami isteri/ ibu bapa bagi menyambut kelahiran anak dalam keluarga mereka
– Meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru; dan
– Menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga
Kelayakan
– Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
– Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
– Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
– Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014
Kaedah Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
  – Pejabat Daerah berhampiran
  – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  – Pejabat Penghulu
  – Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
  – Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.
Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.
Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger