LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2

Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha
Home » » APA ITU LESEN GDL DAN CARA POHON

APA ITU LESEN GDL DAN CARA POHON

Pemohonan Lesen GDL Malaysia

Mencapai lesen D (kereta) anda bukan bererti anda boleh memandu semua kategori kenderaan atau kereta.
Van-van serta kenderaan kepunyaan syarikat tidak boleh dibawa oleh anda. Ini kerana kenderaan yang dimiliki sesebuah syarikat atau kilang tidak layak dipandu anda.
Apa it maksud kenderaan syarikat? Singkatnya, kenderaan yang ada nama syarikat serta alamatnya dicatat ditepi pintu sesebuah kenderaan merupakan kenderaan “kompeni” ataupun syarikat.
Hanya pemandu-pemandu yang memiliki lencana ataupun lesen khas yang diketahui sebagia G.D.L. atau “Goods Drivers’s License” sahaja yang boleh memandu kenderaan tersebut.
Sebagai keterangan lanjut, sesebuah kilang atau syarikat mempunyai katalah sesebuah van untuk mengangkut hasil syarikatnya.
Kenderaan diatas diberi Permit A. Permit C pula dipunyai seseorang individu untuk mengangkut barangan perniagaannya sendiri.
Dalam hasil karya yang pendik ini, saya bercadang untuk membincang tentang soal “G.D.L.” saja. Lesen vokasional bagi “Teksi” (P.S.V.) dan Bas akan dibincang dimasa lain.
Mungkin ramai diantata pembaca ingin tahu syarat-syarat bagi memohon Lesen G.D.L. Antaranya syarat-syarat dan keperluan adalah:
i) Punyai Lesen C.D.L. (kereta). Jadi lesen ini bukan untuk pemegang Lesen “L” P.D.L (Probationary Drivers’ License) atau pemegang “P” (Lesen Memandu Percubaan).
ii) Berusia 21 tahun dan ke atas.
iii) Sihat anggota.
iv) Adalah warganagara atau penduduk tetap. Kesimpulannya, warga-warga negara lain – Indonesia dan Singapura dilarang daripada momohon untuk Lesen ini.
Lojik untuk syarat ini adalah khuatir golongan ini akan memberi persaingan kepada rakyat tempatan khasnya dalam perniagaan kecil-kecilan.
v) Isi Borang JPJ L8A (Warna merah)
vi) Isi Borang JPJ L12 (Warna kuning)
Salinan-salinan dokumen yang diperlu adalah Kad Pengelanan dan Lesen Memandu.
JPJ L8A adalah untuk repot pemeriksaan doktor. Perlu juga dikepilkan Resit Rasmi atau Surat Pengesahan Doktor.
Borang-borang tersebut diatas akan dihantar untuk penyemakan. Kiranaya semuanya tidak ada halangan (termasuk Lesen anda tidak dikena senarai hitam) permohonan anda akan diluluskan.
Sementara itu, pihak sekolah memandu atau institut anda akan mengatur untuk anda menghadiri 1 atau 2 kursus, biasanaya di permis Institut.
Kebiasaannya, kursus pertama dikendalikan pegawai Institut, berlangsung 9:00 pagi ke 3:00 petang.
Kursus yang kedua biasanya dikendalikan oleh seorang pegawai pentadbiran. Pegawai tersebut biasanya menyentuh hal-hal seperti A.P.J ’87 (Akta Pengangkutan Jalan), L.P.K.P. (Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan) dan Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.
Selepas habisnya tajuk-tajuk diatas, diakhiri dengan Ujian manual. Calon-calon dikehendaki menduduki Ujian ini yang berjumlah 50 soalan.
Markah Lulus setahu saya ialah 42.
Di setengah tempat, keputusan ujian ini diumumkan 1 – 2 jam selepas peperiksaan. Kiranya anda Lulus peperiksaan ini, bolehlah anda memohon Lesen G.D.L. sehari dua kelak. Bayaran setahun RM20.
Yang tidak berjaya boleh memohon untuk menduduki ujian sekali lagi.
Ujian dan kursus yang saya terangkan di sini adalah semata-mata ditempat saya saja. Di lain tempat kemungkinan terdapat sedikit perbezaan. Di tempat anda, anda haruslah menanya institut bagi mengetahui bagaimana kuliah / kursus / ujian dikendalikan disana.
Pada keseluruhan, nampaknya kursus-kursus yang dianjur banyak memberi faedah kepada pemandu-pemandu G.D.L. Sudah tentu kemalangan berkekurangan.
Pendek kata, jalanraya menjadi lebih selamat. Kenderaan-kenderaan khasnya yang digunakan untuk mengangkut barangan dalam yang lebih baik akibat pemeriksaan 6 bulan sekali oleh pihak Puspakom.
Pemandu-pemandu G.D.L. lebih berkaliber. Keseluruhannya, perkhidmatan yang disediakan lebih baik dan bermutu. Kearah ini usaha pihak L.P.K.P. (Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan) adalah disanjung baik.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger