D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

31 Mei 2012

Amy Search Masuk Umno

KUALA LUMPUR 29 Mei - Tiga artis terkenal tanah air iaitu Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza menjadi ahli UMNO selepas menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja parti itu, Datuk Ab. Rauf Yusoh di Ibu pejabat UMNO, di sini hari ini.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, sudah sampai masanya beliau menyatakan pendirian demi melakukan sesuatu yang terbaik untuk perpaduan bangsa.
Katanya, langkah menyertai UMNO sememangnya sudah lama difikirkan memandangkan parti keramat orang Melayu itu merupakan sebuah parti ulung yang dilihat semakin kukuh demi kelangsungan bangsa.
"Selama ini saya banyak menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai mesej perpaduan tetapi apalah ertinya sekiranya saya sendiri sekadar menyanyi tanpa menghayati mesej tersebut.
"Biarlah apa orang ingin kata mengenai keahlian saya namun bagi saya ia tidak akan memberi kesan kepada hubungan bersama rakan-rakan lain," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahliannya.
Dengan penyerahan borang itu, Amy, Mus dan Ibnor Riza kini merupakan ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka sekali gus menyertai kira-kira 40 artis lain di cawangan tersebut termasuk Jamal Abdillah.
Selain Jamal, beberapa artis terkenal tanah air sebelum ini turut menjadi ahli UMNO antaranya Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Menurut Amy yang juga bapa kepada aktres Nabila Huda, keputusan menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri sekali gus menolak dakwaan dibeli UMNO.
"Saya seorang yang berprinsip dan keputusan ini atas kerelaan memandangkan saya sedih melihat keadaan bangsa kita hari ini.
"Lagipun ayah saya pernah berpesan supaya menghargai dan mempertahankan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini," katanya.
Sementara itu, Mus atau nama sebenarnya, Mustaffa Din, 44, berkata, keputusan berada di bawah payung UMNO diambil berikutan kurangnya keyakinan terhadap parti politik lain.
"Sebelum ini saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana program yang dianjurkan parti politik lain dan saya juga tidak nampak adanya jaminan yang mereka sandarkan dalam perjuangan mereka," ujarnya.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog