D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

8 November 2010

Datuk Zaid Ibrahim terkini

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Zaid pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO.
Zaid berkata, beliau akan terus komoted dalam barisan pembangkang dan akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu membabitkan kepentingan rakyat.

"Akhirnya, saya berharap kepada penyokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim), janganlah lagi saya dianggap "pengacau" dalam menghalang perarakan mereka untuk ke Putrajaya. Saya ucapkan mereka berjaya," katanya.

teks dari utusan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog