D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

27 Mac 2010

pokok angsana


NAMA VERNAKULAR: ANGSANA , SENA
NAMA BOTANI: PTEROCARPUS INDICUS Willd.
FAMILI :Leguminosae
MORFOLOGI-Pokok sederhana besar setinggi 40m,batangnya banyak banir seperti papan, menggerutu dan bengkang-benkok, garis pusat batang mencapai 350 cm: kulit berwarna cerah atau perang, kulit kayu yang luka .......


mengeluarkan cecair merah: banyak dahan besar yang kembang luas. Daun tersusun berselang-seli. jenismajmuk pinat. Bunga dihasilkan secara serentak pada serentak pada seluruh pokok, saiz kecil tetapi sangat lebat, warna kuning.Buah berbentuk piring, bahagian tepinipis, bahagian tengah mangandubi biji yang sedikit menonjol, berfiber; buah muda hijau, bertukar warna cerah atau perang, buahnya gugur ditiup angin.
KANDUNGAN

Kino - tanin, asid kino-tannik, pewarna merah, asid pirokatecin, asid pterokatecinik.

Kayu - 49% abu dan 0.3% silika. Kayu angsana larut 2.2% dalam alkohol-benzin. 0.4% dalam air sejuk, 4.1% dalam air p[anas dan 16.2% dalam larutan satu peratus natrium hidroksida.

TABURAN

Angsana kedaptan mengunjur dari China hingga ke Papua New Guinea.

PENANAMAN

Angsana boleh ditanam daengan biji, keratan rantying dan dahan. Bijinya lebih cepat bercambah kalau dikeluarkan daripada buahnya. Bijinya disemai di tapak semaian dan boleh dipindahkan masuk ke beg plastik selepas seblan. Anak benihnya sesuai ditanamditapak kekal pada usia 4-6 bulan. Keratan ranting atau dahan boleh dilakukan pada pelbagai saiz kayu, yanga lazimnya disyorkan ialah 2 m panjang san 10 cm dari garis pusat. Anak benih yang liar juga boleh dikorek; dahan dan akar dicantas sebelum ditanam semula. Angsana juga boleh ditanam dengan kaedah kultur tisu. Pokok yang telah ditebang menghasilkan banyak tunas baru pada pangkal dan tunggulnya.

EKOLOGI

Angsana ialah pokok liar di Malaysia, yang membiak di tepi muara sungai, terutamanya sungai di pantai timur, Johor dan daerah Rompin Pahang. Walaupun habitat asalnya ditepi pantai dan sungai, namun ia biasa kedpatan ditepi jalan atau taman (sebagai pokok hiasan dan naungan) Sebagai pokok tanaman, angsan boleh tumbuh pada pelbagai jenis habitat dan keadaan tanah. Ia tumbuh paling baik atas tanah gembur berpasir yang lembap atau tanah lembut berkeliat yang lembap. Ia amat memerlukan cahaya matahari.

KHASIAT UBATAN

Pokok: Kulit ditoreh untuk mengumpul cecairnya yang akan membeku menjadi resin (damar) yang dipanggil kino. Kino telah lama dikomersialkan sebagai bahan ubat herba. Cecair segar, kino, kulitsegar atau rebusan kulit kayunya digunakan sebagai ubat astringen (untuk mengecutkan tisu dan protien pada kulit dan lendir). Cecair atau kino ditelan untuk merawat cirit-birit, dan dikumur-kumur kedalam mulut untuk merawat sakit kerongkong; ia juga sesuai disapu pada luka, bisul dan ekzema. Sekeping lukit kayu atau abstrak kino disapu pada kudis dan mulut, atau direbus untuk digunakan bagi mencuci mulut sebagai rawatan penyakit seriawan.Air rebusan kayu ataupun kulit kayunya diminum untuk merawat busung dan batu karang dalam tubuh. kayu angsana dicampur dangan bahan lain, direbus dan diminum untuk merawat malaria, desentari dan melawaskan buang air kecil.

KUGUNAAN LAIN

Daun Muda dan bunga.: Dimakan sebagai sayur (lauk)

Pokok: Ditanam ditepi jalan dan tanam sebagai hiasan dan naungan.

Batang sesuai untuk pembinaan berat dan ringan sepeti binaan rumah , perabot,alat muzik,lantai, ukiran kraf,pekakas pertanian,jambatan, kayu ceracak , tiang , landasan keretapi dan perahu. bahagian pangkal pokok tua yang mempunyai banyak banir dipotong dipotong berkeping-keping untuk dijadikan ;apisan atas meja. Kulitnya digunakan sebagai sumber tanin untuk menyamak barangan kulit.Kayu angsan dijadikan sumber pewarna merah atau perang.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog