D
3 Januari 2013
Siti Malu miliki Nenen Kecil
SAYA berumur 23 tahun dan haid saya datang tepat setiap bulan.
Saya berbadan kurus dengan berat 43 kilogram. Masalahnya, payudara saya terlalu kecil (rata) sehinggakan saya sangat malu.
Saya ada membaca mengenai hukum pembesaran payudara supaya mendapat bentuk yang normal digalakkan bagi mereka yang mengalami kecacatan seperti keadaannya terlalu kecil sehingga tidak dapat dibezakan perempuan atau lelaki.
Apakah yang harus saya lakukan? Saya ada mengambil ubat untuk tujuan ini, tetapi tidak terlalu yakin. Saya kini takut untuk menghadapi alam perkahwinan kerana malu tidak mempunyai payudara seperti wanita lain.
Saya bersyukur dengan apa yang ada, tetapi saya ingin mencari ikhtiar bagi merawat masalah kewanitaan saya ini. Saya sangat tertekan dan berharap doktor dapat memberikan cadangan rawatan untuk menangani masalah ini.
Siti,
KUALA SELANGOR, SELANGOR
MUNGKIN anda boleh berjumpa dengan pakar sakit puan berdekatan. Pemeriksaan payudara serta pertanyaan lanjut mengenai diri anda dan ahli keluarga serta ujian berkaitan perlu sebelum doktor memberikan apa-apa ubatan kerana ia lazimnya mengandungi hormon.
Hormon ini juga lazimnya diberikan bersama suatu hormon lagi untuk membantu mencegah kesan sampingan bahaya. Anda juga perlu faham sifat sesuatu ubat yang juga boleh memberikan kesan sampingan yang tidak diingini, oleh itu anda perlu datang untuk pemeriksaan susulan setelah mengambil ubat terbabit.
Ubat ini juga mungkin tidak sesuai diambil secara berpanjangan tanpa pengawasan atau pemeriksaan berkala oleh doktor.

2 Januari 2013
Anugerah Muzik Afrika Ditangguh Kerana Brown Tertinggal Pesawat
ABIDJAN - Penyanyi rap
Amerika Syarikat, Chris Brown telah mengakibatkan penganjuran Anugerah
Kora di sini terpaksa ditangguhkan kerana dia ketinggalan pesawat ke
Ivory Coast, kata pihak penganjur. Anugerah itu yang diberi jolokan
sebagai Grammy Afrika.
Pengarah komunikasi anugerah itu, Konnie Toure berkata, Brown tiba semalam.
Ekoran itu, anugerah berkenaan terpaksa diadakan pada hari ini.
Anugerah itu pernah dihadiri bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan Raja Pop, mendiang Michael Jackson.
Bagaimanapun, harga
tiket yang agak tinggi untuk manyaksikan anugerah berprestij yang
berlangsung di sebuah hotel mewah mencetuskan kritikan ramai.
Harga tiket itu ialah 1,500 euro (RM6,066) untuk penonton yang mahu duduk di kerusi di dalam sebuah hotel mewah.
Tiket berharga 75 euro (RM303.33) dikenakan kepada penonton yang duduk di luar hotel.
Brown pernah disabitkan
kesalahan kerana memukul bekas kekasihnya, Rihanna yang juga penyanyi
menjelang Anugerah Grammy di Los Angeles pada 2009.
Dia dihukum menjalani
program tentang keganasan domestik selama setahun selain dipantau oleh
pegawai perunding cara selama lima tahun. - AFP
Langgan:
Catatan (Atom)