Pembinaan
Menara Petronas yang direka oleh jurubina 
César Pelli
  dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa  
tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu  
disiapkan.
[7] Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.
[8] Kedalaman 
batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.
[9] Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah 
konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.
[10]
Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada 
konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif 
kesenian Islam untuk mencerminkan agama 
Islam di Malaysia.
[11] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah 
keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk 
Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.
[12]
  Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama  
Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, 
 iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction.  
Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.
Disebabkan kekurangan 
keluli serta kos pengimportan keluli yang  mahal, menara berkembar ini 
didirikan atas konkrit bertetulang teramat  kukuh bereka bentuk radikal 
yang murah sekali.
[13]
  Konkrit yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali  
lebih berkesan mengurangkan gegaran berbanding keluli; however, oleh itu
  bangunan ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan keluli  
yang seumpamanya. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter
[14]
  dan segelang luar tiang super yang beruang legar, menara-menara ini  
menggunakan sistem struktur canggih yang menampung profilnya yang  
langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas  560,000 
meter persegis (669,754 ela ps).
[15] Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-belah 
Suria KLCC dan 
Dewan Filharmonik Petronas.