D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 Jun 2013

Program 'Homestay' Malaysia diiktiraf antarabangsa

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Program 'Homestay' yang dibangunkan Kementerian Pelancongan mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa apabila memenangi tempat pertama Anugerah 'Ulysses' kategori Inovasi Dalam Dasar Awam dan Governan di Istanbul, Turki pada Khamis lalu.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia yang mendapat pengiktirafan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) itu bersama empat negara lain iaitu Brazil, Mexico, Austria dan Sepanyol yang memenangi kategori masing-masing.
Jelas beliau, pengiktirafan itu adalah hasil usaha dan inisiatif kementerian dalam membangunkan program pelancongan baharu iaitu Program Pengalaman 'Homestay' Malaysia yang berasaskan kegiatan ekonomi dan sosial di luar bandar.
"Sejak dilancarkan pada 2005, program 'Homestay' telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan perkembangan itu menyaksikan peningkatan jumlah pelancongan setiap tahun.
"Pada 2006, sebanyak 31,833 pelancong dalam dan luar negara dicatatkan diikuti sebanyak 65,715 (2007), 91,533 (2008), 161,561 (2009), 196,472 (2010) dan 254,981 (2011)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Yen Yen, menerusi program 'Homestay' tersebut, pelancong berpeluang untuk tinggal bersama penduduk di kawasan luar bandar dan mempelajari cara hidup serta budaya tempatan.
"Sepanjang menetap di kawasan itu, mereka berkesempatan mengenali produk pelancongan negara seperti makanan, pakaian, dan hiasan yang belum pernah dilihat," ujarnya.
Katanya, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pelancong, malah telah menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat tempatan khususnya di luar bandar.
Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan rasa bimbang terhadap kualiti kemudahan awam negara terutamanya pemandu teksi yang tidak memberi perkhidmatan dengan sebaiknya.
"Banyak aduan diterima berhubung tindakan sesetengah pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab mengenakan tambang tanpa menggunakan meter.
"Sehubungan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia telah menjalankan kajian mengenai perkhidmatan pemandu teksi dan mengenalpasti langkah menangani masalah itu," ujarnya.
Terdahulu, beliau menyerahkan replika cek bernilai RM180,000 hasil sumbangan Hotel Shangri-La kepada tujuh pesakit jantung bagi meringankan beban mereka untuk menjalani pembedahan.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog