D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

24 Julai 2013

Keputusan PRU13 DUN KUALA BESUT


Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

 KEPUTUSAN TERKINI PILIHAN RAYA KECIL KUALA BESUT - LIVE KLIK SINI 

Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.
"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Jenazah dijangka  dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.



---------------------------------------------------------------------------- Terpancar wajah ceria Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman selepas keputusan Pilihan Raya Kecil Besut diumumkan. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH BESUT - [Dikemaskini] Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berlangsung di sembilan pusat mengundi dimenangi oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan 2, 592 undi. Beliau mengalahkan calon Pas, Azlan@Endut Yusof, seorang ahli perniagaan dan calon tempatan yang dikenali ramai sebagai Che Long. Pengarah Pilihan Raya, A Rahim Jusoh mengumumkan kemenangan calon BN itu kira-kira jam 10 malam di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini. "Tengku Zaihan telah memperolehi 8, 288 dan Che Long 5, 696," katanya. Sebelum ini calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memenangi kerusi itu dengan majoriti 2, 434 undi mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail pada PRU13. Dalam pada itu, Pengarah PRK Dun Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan, Datuk Ahmad Maslan, ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Timbalan Pengarah PRK, Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir ke pusat pengiraan undi jam 9.58 malam. Bagaimanapun calon Pas, Che Long tidak kelihatan pada sesi itu. sumber : http://www.sinarharian.com.my/bn-pertahan-kerusi-dun-kuala-besut-1.186370

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog