D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

23 Julai 2013

Biodata Calon PKR dan BN DUN KUALA BESUT 2013 (N01)

IMG-20130710-WA0005
Beliau merupakan anak jati Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dilahirkan 37 tahun yang lalu di Kampung Nail, Kuala Besut.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM).
Jawatan terakhir beliau sebelum meletakkan jawatan ialah Ketua Pengarah Bahagian Korporat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) .
Pernah berkhidmat kepada masyarakat Besut sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.

Mempunyai latarbelakang keluarga yang amat baik dan seorang berakhlak mulia sejak dari kanak-kanak lagi hasil didikan bapanya seorang guru agama yang disegani, Ustaz Che Ku Abd Rahman.
Nama Isteri: Siti Salbiah Othman.
Umur: 34 tahun
Pekerjaan Isteri: Guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2
Anak: 4 orang : 3 perempuan 1 lelaki
Pencapaian dalam kerjaya: Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan (2006)


Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan (2011)
Anugerah Pencetus Idea (2010)

Beliau adalah ahli Umno Cawangan Seri Seratus Seratus, Kuala Besut.

Tengku Zaihan seorang yang suka mendengar di samping mampu mencetuskan sesuatu idea yang bernas. Justeru itulah beliau pernah menerima anugerah pencetus idea jabatan tiga tahun yang lalu.

Kata-katanya yang berbunyi, bahawa kita sedang berdepan ‘pilihan raya kecil yang besar” cukup mendalam pengertiannya.
Tengku Zaihan berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

Anak muda ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan semua penyokong BN kerana memberi sokongan kepadanya dan amat menghargai semua pengundi Kuala Besut yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU 13 yang baru lalu dan juga PRK Kuala Besut pada 24 Julai nanti.

 sumber : http://terengganutoday.com/prk-dun-kuala-besut/biodata-tengku-zaihan-ore-mudo-sene-baso-mudoh-kiro
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Calon PAS yang akan bertanding di Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini ialah Haji Azlan @ Endut Bin Yusof. Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long. Beliau berumur 48 tahun dan merupakan Ahli Perniagaan Perkayuan dan seorang Kontraktor Bangunan dan Kejuruteraan Awam (Kelas A). Beliau berasar dari Kampung Baharu, Kuala Besut (Anak Jati). Mendapat pendidikan  di Sekolah Menengah Kuala Besut (SPM) sebelum dapat Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian Malaysia.  Beliau merupakan Bendahari PAS Kawasan Besut. Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat. Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut. Beliau warak serta memiliki pegangan agama yang kuat. 



BIODATA RINGKAS CALON PAS N01 KUALA BESUT

Berikut adalah biodata calon PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil N.01 Kuala Besut sebagaimana yang tela diumumkan oleh Presiden PAs Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awangdi Kampung Nail, Kuala Besut pada Selasa malam;

Nama :
Haji Azlan @ Endut Bin Yusof

Umur :
48 tahun

Ahli Perniagaan Perkayuan dan
seorang Kontraktor Bangunan dan Kejuruteraan Awam - Kelas A

Asal :
Kampung Baharu, Kuala Besut (Anak Jati)

Pendidikan:
Sijil Pelajaran Malaysia – Sekolah Menengah Kuala Besut
Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian Malaysia

Isteri:
Cik Zabiah Mohammad (44 tahun)

Anak :
6 Orang

Jawatan Dalam PAS:
Bendahari PAS Kawasan Besut
sumber : https://www.facebook.com/PakatanRakyatPRGE13PRU13Ceramahs/posts/623740217658005
sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/2013/07/prk-dun-kuala-besut-biodata-calon_11.html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog