D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 Disember 2014

TAKUT TANGGUNG DOSA RAKAN

Saya belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi dan dikelilingi suasana kampus cukup damai. Situasi kampus juga agak terhindar daripada masalah sosial kerana kami lebih menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Namun di sebalik itu, ada juga yang bermasalah. Masalah saya ialah seorang kawan di universiti yang suka berkongsi ceritanya kepada saya. Dia suka bercerita mengenai kekasihnya. Pernah sekali dia cerita, mereka keluar bersama-sama dan lelaki itu memimpin tangannya. Pada awalnya terkejut juga saya apatah lagi dia seperti tidak ada rasa bersalah dengan keadaan itu. Mereka semakin kerap keluar bersama dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran. Apa yang tambah merunsingkan ialah lelaki itu semakin berani menyentuhnya. Seperti mana yang kawan perempuan saya ceritakan, lelaki itu mencuit dagu dan pipinya. Saya tidak tahu bagaimana hendak menasihati. Saya rasa diri saya turut menanggung dosa kerana tidak mencegah tapi saya tidak berdaya.

BACA LAGI

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog