D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

3 Februari 2014

PUNCA PENYAKIT KUNING -8

http://bit.ly/1fChL0u

http://bit.ly/LsOmu1

http://bit.ly/1fChISd
Pundi hempedu manusia tergantung betul-betul pada bawah hati atau hepar manusia. Ia disambung atau tergantung pada kawasan hati itu oleh saluran tiub dipanggil duktus.
Terdapat juga duktus yang menyambungkan pundi hempedu kepada usus kecil manusia, yang dipanggil duktus sesama hempedu atau ‘common bile duct.’ Fungsi utama duktus sesama ini ialah menyalurkan bilirubin yang telah diproses untuk dibuang sebagai najis.
Bilirubin pula ialah hasil proses terakhir daripada darah merah yang telah matang di mana darah merah yang telah mencapai 120 hari akan pecah dan diproses di limfa dan hati.
Bilirubin adalah ‘pewarna’ kepada najis manusia menjadikannya berwarna kecoklatan.

Namun, jika terdapat gangguan di dalam proses bilirubin ini, penyakit kuning boleh berlaku.
Saluran atau duktus yang menyambungkan pundi hempedu ke usus kecil berkenaan boleh dijangkiti kuman yang terdapat pada usus kecil.
FotoPENYAKIT kuning boleh dikesan pada mata.

Kuman itu memasuki saluran duktus sesama dan membuat koloni pada kawasan itu.

Ini terjadi jika saluran berkenaan tersumbat.

Kebiasaannya disebabkan oleh batu daripada garam pundi hempedu atau ‘gallstone.’ Kira-kira 10 hingga 30 peratus kes adalah disebabkan oleh batu ini.

Selain itu terdapat beberapa faktor lain termasuk kanser pada kawasan itu.
Jika jumlah kuman pada tiub atau duktus sesama semakin banyak ia boleh menyebabkan saluran itu semakin tersumbat dan seterusnya bilirubin tidak dapat disingkirkan melalui najis.

Ini akan menyebabkan pesakit boleh mendapat penyakit kuning di mana mata dan juga kulit menjadi kekuningan.

Jangkitan pada duktus sesama ini dipanggil cholangitis.

Selain kuning, pesakit akan mengalami demam panas dan juga sakit pada bahagian atas dan kanan kawasan abdomen.
Demam yang dialami biasanya sangat tinggi sehingga pesakit menggigil.

Jika jangkitan berterusan ia boleh menyebabkan pesakit menjadi keliru dan tekanan darah menjadi rendah seterusnya mengakibatkan koma atau maut jika kuman merebak ke dalam salur darah.
Rawatan untuk jangkitan ini perlu disegerakan dan dirawat sebagai kecemasan.

Beberapa ujian darah perlu dijalankan untuk menentukan tahap jangkitan dalam badan.

Selain itu, ujian ‘ultrasound’ atau scan pada bahagian abdomen dapat mengesahkan jangkitan pada saluran duktus sesama pesakit.

Ubat suntikan antibiotik akan diberikan untuk mencegah kuman daripada terus merebak dan mengawal jangkitan.
Cecair dimasukkan untuk memastikan tekanan darah terus stabil.

Pembedahan atau prosedur rawatan akan dilakukan 24 hingga 48 jam selepas antibiotik diberikan sehingga pesakit stabil untuk prosedur berkenaan.

Prosedur ini dipanggil endoskopi.

Kaedah di mana kamera kecil dan alat dimasukkan melalui mulut pesakit terus ke kawasan usus kecil di mana bukaan duktus sesama akan dapat dilihat.

Rawatan ketika itu adalah bergantung kepada jenis penyebab berlakunya penyumbatan.

Biasanya, belon atau sten akan diletakkan untuk melegakan sumbatan pada duktus seterusnya membolehkan bilirubin mengalir semula.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Puncapenyakitkuning/MA/Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog