D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

6 Disember 2013

Piala Antarabangsa Frenz B16 - BAWAH 16 TAHUN KEMBALI

http://curium-cr.com/my-5198350
MALAYSIA dan Indonesia menjadi tuan rumah bersama Kejohanan Piala Antarabangsa Frenz B16 (Bawah 16 tahun) 2014 yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 26 Januari 2014.

Presiden pasukan Frenz United FC (FUFC) Malaysia Datuk Noor Ihsan A Hamid berkata perlawanan pembuka tirai kejohanan bakal berlangsung di Stadium Selayang dan venue utama di Malaysia akan diadakan di Stadium Inspen, Bangi.

Manakala saingan di Indonesia akan diadakan di Stadium Maguworhorjo, Jogjakarta.

“Kami lihat kejohanan ini sebagai platform kepada pemain muda mendapat pendedahan secara profesional seawal usia belasan tahun.

"Ia juga platform buat jurulatih bertukar pandangan dan berkongsi kepakaran dalam bidang mereka.

“Kejohanan ini sudah pasti akan meningkatkan standard pasukan yang bertanding menjadi seperti kelab gergasi dunia pada masa akan datang,” katanya.

Kejohanan edisi kedua ini yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM322,650 bakal disertai 12 pasukan dari benua Asia, Eropah serta Amerika Selatan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

Perlawanan Kumpulan A yang akan berlangsung di Malaysia membabitkan saingan antara Frenz United Malaysia, Incheon United (Korea Selatan), Dalian Aerbin(China), Basiktas (Turki), Internacional FC (Brazil) dan pasukan kebangsaan B16 Slovakia.

Sementara kumpulan B yang diadakan di Indonesia terdiri daripada pasukan Frenz United Indonesia, pasukan kebangsaan B16 Iran, Repture FC (Nigeria), Eintracht Frankfurt (Jerman), Chanburi FC (Thailand) dan Sporting Lisbon (Portugal).


SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/piala-frenz-b16-kembali-1.227853

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog