D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

16 April 2011

Kuih Lepat Pisang






Kuih lepat atau juga dikenali sebagai kuih belebat merujuk kepada kumpulan kuih yang dihasilkan dengan membungkusnya dalam daun pisang dan dikukus. Terdapat pelbagai jenis kuih lepat/belebat yang ada, bergantung kepada ramuan yang digunakan.



Bahan - Bahan :


4 biji pisang emas/pisang raja

10 gm gula pasir

30 gm tepung gandum siap diayak

1 sudu garam

100 gm kelapa parut

8 keping daun pisang

1 helai daun pandan


Cara Membuat :


1. Didihkan air dalam periuk kukus. Dalam pada itu celur atau layurkan daun pisang. Lapkan kering daun dan ketepikan.

2. lecek pisang dalam mangkuk adunan lalu campurkan gula, garam, kelapa dan tepung gandum. kacau rata.

3. Letakkan sekeping daun pandan atas sehelai daun pisang dan masukkan 2 sudu makan adunan pisang tadi. Bungkus dengan kemas.

4. Kukus selama 15 - 20 minit.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog