PENGGUNAAN OLED membolehkan telefon bombit dilipat.
SEOUL: Kedatangan tahun baru tidak lama lagi mungkin turut menampakkan peralihan terkini kepada evolusi telefon pintar.

Selain Samsung, syarikat dari Jepun, Sony, serta LG Display - juga dari
Korea Selatan - turut melancarkan prototaip seumpama itu. Bagaimanapun,
Sambung menjadi syarikat pertama menjanjikan tarikh pengeluarannya
dengan sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu Wall Street
Journal, produk berkenaan akan dipasarkan pada separuh pertama 2013.
Melihat kepada tarikh pelancaran produk penting dalam siri S Samsung
itu, pemerhati berpendapat, produk teknologi skrin fleksibel berkenaan
mungkin dinamakan S4. Penghasilan itu dibuat ketika pengeluar telefon
pintar dan tablet mencari jalan mencipta produk berbeza daripada apa
yang ada di pasaran. Pengarah Telefon Bimbit dan Paparan Baru IHS
Electronics and Media, Vinita Jakhanwal, berkata AMOLED fleksibel boleh
membantu Sambung menghasilkan produk unik di pasaran. - DM