![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUryAV6jdDLdKlSziWBe1DklN1GJhL3g0NrSxcdd-B9U3VUAiX-HlC-qh89L79UfJhY1YEpc8BtFAusah42W3e8eKr4h2dDwuN3IyKVE7C6IVgO8I9yn6J-S2U0RXLd1RMknjJmhwsRBg/s320/1.bmp)
utk lebih lanjut klik sini :- http://denaihati.com/top-10-link-referrer-dan-commentator-oktober-2011
100 biji telur
1 botol kicap
**300gm ketumbar
**150gm jintan manis
**150 gm jintan putih
** ditumbuk
garam agak-agak secukup rasa
bahan-bahan dibawah kuantitinya ikut suka
serai dan daun serai
kulit bawang
daun senduduk
daun jambu batu
daun kunyit
daun lengkuas
Cara..
1. Susun telur dengan bahan-bahan ramuanya secara berlapis-lapis dalam periuk.
2. Tuangkan kicap dan garam secukup rasa. Kemudian direbus dengan api kecil hingga mendidih.
3. Ulangi proses merebus selama paling kurang 3 hari atau sehingga putih telur dah bertukar menjadi warna kelabu..Siap.
2/3 biji terung ( dibelah dua )
1 mangkuk santan pekat
1 paket serbuk kari ikan (bancuh dengan air )
1 sudu kerisik
sedikit udang kering (agak-agak le)
garam & gula secukup rasa
minyak untk menumis
Bahan untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris )
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris )
sedikit Kulit kayu manis, buah pelaga ,bunga lawang ,daun kari
Cara :
1. panaskan minyak, masukan bahan penumis masak sehingga terbit bau nya ...
2. masukkan udang kering masak hingga wangi
3. Masukkan sebuk kari yang telah di bancuh dengan air ,masukkan garam & kerisik masak dengan api perlahan sehingga naik minyak
4. masukkan santan terung & gula masak hingga pekat
Cuba la, makan dengan ikan masin & nasi panas… huh sedap nya
Sayur kailan
Sepotong ikan masin tenggiri (basah)
Bawang merah
Bawang putih
garam
Cili besar
1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukan ikan masin yang telah di buang tulangnya.
3. Goreng sehingga ikan masak dan garing.
4. Masukan sayur kailan, masukkan garam dan cili besar yang telah di hiris.
5. Goreng semua sehingga sayur masak. (Masak sekejap sahaja jangan sampai sayur terlalu masak)
1 Biji Peria Besar
20 Tangkai Cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
udang kering/ikan bilis
garam
gula
1 sudu makan sos tiram
kalau suka masukkan kiub pati ikan bilis sikit
asam jawa sikit kalau nak masam, tak ada tak apa
caranya:
1. blender cili kering dan potong kecil-kecil semua bahan yang lain dan tumis macam kita buat sambal tumis biasa.
2. akhir sekali baru masak peria
Bebahan
1 biji kelapa
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci persegi belacan (yang hitam tu bagus)
1 batang serai
½ helai daun kunyit.
½ genggam ikan bilis
2 biji buah keras (ditumbuk lumat)
cili padi (ikut pedas sendiri)
2 batang cili hijau.
garam secukupnya.
½-1 inci kunyit hidup.
1 keping asam keping.
pisang muda (dibuang kulit ari) potong ikut suka.
cecara..
1. kelapa ambil santan agak secawan (pekat). Perahan kelapa kedua dalam tiga cawan air. Kalau kurang boleh tambah lagi sikit.
2. bawang, b. putih, cili api, kunyit, garam di tumbuk.
3. Panaskan 3 cawan santan tadi dalam periuk dan masukkan bahan (2).
4. Belacan ramas dengan air dan masukkan dalam (3).
5. serai dan daun kunyit masukkan setelah kuah mendidih sedikit.
6. masukkan ikan bilis, pisang dan asam keping, kacau jangan biarkan kuah beku. masukkan cili hijau bulat bulat.
7. bila pisang 1/2 masak, masukkan santan pekat, monitor rasa garam selalu, dan jangan biarkan kuah beku, kacau selalu. masukkan buah keras tumbuk.
8. bila pisang sudah masak, angkat, dan hidangkan.
makan bertambak menyelera dengan ulam daun selon, dan sambal belacan.
Bahan:
300gm udang basah
8 keping tauhu - potong kecil
25 tangkai cili kering - digiling
¼ cawan kicap pekat
1 camb sos tiram
1 camb cili sos
2 ulas bawang putih - giling
4 ulas bawang merah - giling
2 sudu besar cuka
1 labu bawang besar - hiris nipis
2 biji ubi kentang
½ mangkuk minyak masak
½ mangkuk air
daun bawang -utk hiasan
Cara menyediakannya :
1. Ubi kentang dihiris & potong sebesar batang mancis. Goreng & ketepikan.
2. Goreng tauhu & ketepikan.
3. Pijarkan minyak & tumis bahan giling hingga naik bau. Kemudian masukkan sos tiram & cili sos. Kacau lagi.
4. Masukkan udang. Gaul sebati & masukkan air. Kacau lagi & masukkan cuka & kicap pekat. Masak kira-kira 5 minit.
5. Masukkan tauhu & bawang besar. Kacau hingga sebati, masukkan garam.
6. Bila menghidang, taburkan kentang & daun bawang
Bahan-bahan;
15 biji cili padi kampung
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
belacan - sebesar dua ibu jari
segenggam ikan bilis
air asam jawa, sedikit saja
garam
gula
cara;
1. ikan bilis di goreng garing, ketepikan
2. goreng bawang merah, bawang putih lada dan belacan
3. tumbuk bahan-bahan 2. bila telah hancur, masukkan ikan bilis goreng...ditumbuk kasar-kasar
4. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk ini...api sederhana (kalau hangus...rasa pahit)
5. bila agak garing, masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
6. kecilkan api, dan masak hingga pekat dan naik minyak.
Sambal ini di biarkan sejuk, masuk dalam botol dan tahan di simpan begitu lama, terutama jika di simpan di peti sejuk. Itu sebab di beri nama Sambal Tahun. Sambal ni sedap di makan dengan apa saja, terutama nasi panas dan ubi rebus. Kalau nak pedas, tambahkan cili lagi.
Servis sewa Karaoke untuk kawasan Kedah untuk apa2 Function samada Annual Dinner,Kenduri,Karaoke Contest dan sebagainya untuk kepuasan anda dengan harga yang murah.Anda pengalaman kami yang terkini adalah penyewaan set karaoke untuk function di Holiday Villa pada 25/11/2011 serta majlis2 kenduri yang lain. Kos penyewaan cuma RM250...Hubungi Din 0124599788 untuk tempahan. ---------------------------------------------------------------------------------- Kami ada menyediakan perkhidmatan live band untuk sebarang majlis. Kami mempunyai koleksi lagu2 Melayu, english, hindi, chinese, arabic & spanish. Helmi: ----------------------------------------------------------------------------------- Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera, Kami menyediakan perkhidmatan PA System, Deejay@MC dan Karaoke untuk sebarang acara atau majlis seperti Majlis Keraian, Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan, Rumah Terbuka dan sebagainya. Keistimewaan kami adalah kerana kami menggunakan sistem komputer dan peralatan bunyi yang terkini, berkualiti dan canggih berbekalkan berpengalaman luas selama 20 tahun menjayakan pelbagai jenis majlis/ acara sama ada rasmi atau tak rasmi. Anda boleh memilih mana-mana pakej yang disediakan mengikut citarasa anda: PAKEJ DEEJAY: Deejay & PA System RM300 atau PAKEJ KARAOKE: Karaoke, Deejay & PA System RM350 Lokasi kami di Sungai Petani, Kedah. Saya juga menerima tempahan di luar kawasan dengan sedikit tambahan untuk kos perjalanan & pengangkutan. Sila hubungi/sms saya, DJ Zam untuk sebarang maklumat lanjut di talian 013-5206670 --------------------------------------------------------------------------------------
smartsoundproduction: | |
½ kilo ikan bilis yang cantik
2 biji ubi keledek
½ kilo kacang tanah
10 keping tempe
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
cili boh
garam
gula
Cara-caranya:-
1. Ikan bilis dibuang tahinya dan digoreng garing.
2. Ubi keledek di potong macan batang lidi dan digoreng sehingga garing dan rangup.
3. Tempe di hiris nipis. Digaul dengan garam dan kunyit dan goreng hingga garing.
4. Bawang putih dan bawang merah di tumbuk dan ditumis dengan minyak.
5. Bila garing tumis sekali cili boh sehingga garing dan pecah minyak.
6. Masukan asam jawa, gula dan garam.
7. Masak sehingga pekat.
8. Bila pekat masukan ikan bilis, tempe goreng dan keledek yang telah digoreng tadi.
9. Gaulkan sehingga semuanya sebati dan elok kering. Kemudian angkat dan sejukkan.
10. Bila telah sejuk, simpan di dalam bekas.
11. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi/roti. Ikut suka........lah...
------------------------------------------------------------------------------------------------Ikan bilis RM 3.00
Minyak untuk mengoreng
10 biji Cili api ]
2 biji Bawang merah ] ditumbuk
Bahan-bahannya
1kg paru
500g hati
1kg udang
10 biji bawang besar (dimayang halus)
10 batang lada merah (dipotong serong nipis)
30 batang lada kering (digunting seorng nipis)
10 biji bawang putih (dimayang halus)
belacan
air asam jawa
garam
serbuk perasa
1 packet santan pekat (sukatan terpulang pada anda)
minyak untuk menumis
Peraturannya
1. Rebus paru sampai empuk. Rebus hati jangan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras.
2. Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga betul-betul layu. Masukkan lada merah dan lada kering dan tumis hingga minyak bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
3. Kemudian masukkan paru dan hati. Setelah sebati masukkan santan.
4. Bilamana masakkan menjadi pekat, masukkan udang, kemudian masukkan asam bersama belacan, garam dan serbuk perasa. Masak sampai betul-betul pekat.
Sedap dimakan bersama ketupat, lontong atau pun roti.
1 kati Ubi kentang dipotong jejari dan digoreng
6 keping tempe dihiris nipis juga digoreng
1 kati paru direbus dan dipotong nipis (boleh dipelbagai dgn udang, kerang, mempedal ayam etc)
10 biji cabai masak dihiris nipis
10 tangkai cabai kering dipotong nipis
RM1.00 suhun direndam lembut
5 keping tauhu dipotong dadu & digoreng
2 papan petai dikupas kulit dan belah dua
5 biji bawang kecil dimayang halus
5 biji bawang putih dimayang
2 inci halia dimayang
secubit belacan
ayer asam jawa secukup rasa
1 senduk kicap
1 senduk gula
1 sudu kecil garam
secubit Ajinamoto
Cara-cara masaknya.
1. Bawang kecil, putih, halia ditumis hingga kekuningan lepas tu masukkan belacan secubit (tekan-tekan dgn senduk bagi hancur sikit).
2. Dah tu masukkan cabai masak, cabai kering, suhun, petai, kicap, gula, garam, ajinamoto dan ayer asam jawa. (rasa sikit kalau ada yang kurang tu tambah apa-apa yang patut, masakan rasanye pedas-pedas manis sikit)
3. Lepas tu agak-agak dah 3-4 minit campur paru, ubi kentang, tempe, tauhu dikacau rata dan boleh lah dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi himpit, ketupat dan nasi.