Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Aziz Sattar |

Datuk Aziz bin Sattar |
| Kelahiran |
Abdul Aziz bin Sattar
8 Ogos 1925
Pakalongan, Surabaya, Indonesia |
| Meninggal dunia |
6 Mei 2014 (umur 88)
Kajang, Selangor, Malaysia |
| Warganegara |
Malaysia |
| Pekerjaan |
Penyanyi, Pelakon |
| Tahun aktif |
1950-an - 2010-an |
| Ketokohan |
Lawak |
| Agama |
Islam |
| Pasangan |
4 kali: Hashimah Delan, Siti Rumina Ahmad, Dayang Sofia dan ? |
| Anak |
7 orang |
Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai
Aziz Sattar (
8 Ogos 1925 -
6 Mei 2014)
merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit
dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis
skrip sepanjang kerjaya beliau.
Biografi
Beliau dilahirkan di
Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah,
Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja,
Singapura.
Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun,
apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal,
berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang,
di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon
terkenal - Allahyarham
Salleh Kamil dan Allahyarham
Shariff Dol.
Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman
pendudukan Jepun di
Malaya.
Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi
telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan
kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu
lori dengan gaji sebanyak RM150.
Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar
Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati
Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.
Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan
Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas,
Singapura.
Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman
sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat
awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut
kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai
pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon
sebagai watak tambahan dalam
filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah
filem Arjuna, diikuti siri
Bujang Lapok dan
filem Aksi Kucing.
Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk
Ahmad Daud, Allahyarhamah
Normadiah, Allahyarham
Aziz Jaafar dan Allahyarham
Nasir P Ramlee.
Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya
saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri
ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).
Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit.
Bilangan Anak :7 orang
- Ruzaiman
- Ruzaidah
- Ruzainah
- Zainuddin
- Dahlia
- Dalina
- Sandakiah
Persandingan Datuk Aziz Sattar dan Datin Hashimah Delan
Pada
16 Disember 2006,
Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu
dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul
Aziz,
Shah Alam dengan mas kahwin RM100.