D

1 Jun 2013

GEMUK AIR

Woaaahhh punca gemuk? Lagi – lagi gemuk tapi kali ini aku nak share punca gemuk air. Setiap kali aku tanya kawan – kawan yang nak kurus mesti dorang sarankan diet atkin tapi aku buat – buat paham walaupun harem tak tahu diet apa kebenda. Muahahahaa.
lemak+perut Punca Gemuk Air?
Selalunya orang selalu salah faham pasal Gemuk Air. Ada yang fikir gemuk air disebabkan minum air yang terlampau dan aku sendiri pun pernah fikir macam tu. haha! Sebenarnya gemuk air ini disebabkan oleh water retention yang terjadi akibat menses (period) tapi cuma sementara aje. Konon – kononnya bila sebut gemuk air mesti semuanya disebabkan oleh AIR. Berlagak pandai sangat sudahnya jadi kera sumbang. haha!
air dan prosentasenya1 Punca Gemuk Air?
Satu sebab lagi adalah too much garam dalam badan korang dan sangat obvious pada mereka yang suka makan masin dan masam. Nak kurus, makanan yang masam korang kena elakkan tau. Bila kita makan makanan masam, ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan dan badan korang mula begins to retain the water. Wohoooooo. Bahaya tuhhh! Alaahhhh kalau suka gemuk, makan aje banyak – banyak takde hal punya. Muahahahaa.
Lastly and worst thing, bila kita banyak visceral fat n cholesterol, lagi senang nak dapat water retention. Bila dah banyak Visceral fat, kita dah start developing hypertension. Hypertension boleh berpunca daripada too much fluid (cecair) di dalam pembuluh darah ATAUPUN terlampau banyak cecair yang berlebihan di dalam pembuluh darah meaning its vice versa. Blood pressure measures the force of blood against the walls of your blood vessels, lama kelamaan dia jadiklaaa hypertension. Oppss terlebih sains pulak. huhu!
Itulah sebenarnya yang orang duk sebuk kata gemuk air without memahami apa sebenarnya maksud istilah tu. Eceh macam la dulu aku tau sangat. Muahahahaaaa. Enjoy!
SUMBER :  http://penmerah.com/punca-gemuk-air/

Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami



Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami
Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.

“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.

“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.

Dia berkata, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.

“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.

“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.

Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.

“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.

“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah.

“Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.

Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk `dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.

“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat,” katanya.

Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Disihir minyak dagu

Sementara itu, akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang wanita di sini membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009.

Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, wanita berusia 33 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Dee berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatri, Hospital Selayang selepas mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu,” katanya.

Dee berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan disepak terajang saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat mahu pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat itu,” katanya.

Menurutnya, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri Dee menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu mayat pada badannya.

Dee bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/isteri-guna-darah-haid-dan-air-mani-gajah-sihir-suami-1.89986

Tidak mahu anak popular


TIDAK mahu anak popular dan akan beri tunjuk ajar sebaik mungkin.
MENJADI penghias Hits buat kali ini, Eira Syazira tampil di Studio Utusan untuk sesi fotografi dengan wajah yang cukup riang dan gembira. Memang tidak dapat dinafikan walaupun pertama kali bersua muka dengannya, dia seorang yang peramah, ceria dan suka berterus terang.
Berasal dari Kuala Lumpur dan tahun ini usianya menjangkau 29 tahun. Anak kelahiran ibu kota ini bagaimanapun menjalani usia kecil dan remajanya di negeri Kelantan.
Kini dia sudah bergelar seorang ibu. Setelah empat bulan bergelar ibu, kegembiraan jelas terpancar pada wajah figura berkulit putih kuning ini. Apatah lagi apabila menyentuh perihal cahaya mata sulungnya, Amarra Sofea Rose yang dilahirkan pada 11 Januari lalu hasil perkongsian hidupnya dengan suami, pelakon Azad Jazmin.
Kali pertama, pengalaman pertama. Siapa jua akan berdepan perasaan sedemikian bahkan untuk ibu-ibu yang sudah ,mempunyai anak, setiap kelahiran pasti memberi pengalaman yang berbeza.
"Menjadi ibu sebenarnya adalah sesuatu yang indah. Semasa hamil dulu, saya memang tidak sabar menanti tetapi dalam masa yang sama berasa takut memikirkan situasi hendak bersalin.
"Macam-macam cerita yang saya dengar, adakalanya buat saya bertambah takut tapi itulah yang saya mahu tahu," katanya yang sedang sibuk untuk penggambaran drama sempena bulan puasa.
Mengambil langkah untuk tidak mengupah seorang pengasuh bagi menjaga Amarra, Eira akui dia lebih suka menjaga Amarra sendiri.
"Saya sebenarnya tidak percaya pada orang untuk menjaga Amarra. Kadang-kadang emak mentua akan turun ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menjaga Amarra sekiranya saya dan suami sibuk dengan kerja masing-masing.
"Cuma saya akan panggil dan upah seorang pembantu tiga kali seminggu untuk membersih dan mengemas rumah," kata Eira yang sudah mula menerima tawaran berlakon sejak dalam pantang lagi.
Tetapi Eira tidak rakus untuk menerima setiap tawaran yang datang. Katanya, tidak bersedia lagi untuk berada dalam landasan yang betul. Memang rezeki anak nampaknya kerana kelahiran Amarra memang membawa seribu erti kepada Eira.
"Habis sahaja 100 hari berpantang, baru saya kembali menerima tawaran itu. Alhamdulillah, rezeki anak saya buat keluarga.
"Masa pantang, memang saya sudah menolak satu telemovie dan satu drama berepisod sebab Amarra menyusu badan. Jadi masa itu memang saya fokus sehabis baik untuk anak saya," jelasnya yang sudah mendapat tawaran sehingga lepas hari raya.
Sejak lahirnya puteri kesayangan, Eira dan Azad juga dilihat semakin popular di laman Keek dengan mempunyai lebih empat juta menonton video pendek yang dimuat naikkan dalam laman tersebut.
Wah, Amarra semakin popular? Mengalahkan ibu dan ayahnya pula. Jadi, Eira dan Azad, bersedialah menanti, populariti Amarra akan lebih hebat daripada anda berdua.
Namun, bagi Eira, dia tidak akan membiarkan anaknya untuk berlakon dalam mana-mana produksi kerana masih kecil.
"Mungkin kalau dalam iklan komersil, saya akan benarkan. Kalau dalam drama, saya kena fikir berjuta kali.
"Saya dan suami sudah tahu macam mana susah payah jadi seorang pelakon. Itu adalah tanggungjawab saya dan suami sebagai ibu bapa kepada Amarra untuk memberi tunjuk ajar apa yang perlu dan apa yang tidak perlu," jelasnya.

SUDU

Arkib Blog