D

1 Jun 2013

Pontianak mengamuk kerana kain



Pontianak mengamuk kerana kain
Kain batik (dalam bulatan) diletakkan di atas bumbung garaj.
Pontianak mengamuk kerana kain
Aziz menunjukkan lokasi kain batik dijumpai.
KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik  yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.

KISAH PUNTINAK DI SUNGAI ULAR KULIM KEDAH -

 sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pontianak-mengamuk-kerana-kain-1.166299

juara versus musim ke 2

8902846829 dbf146b9b3 o Juara Versus Musim Kedua   Kumpulan Manifesto
Kumpulan Manifesto berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus musim kedua yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam Jumaat.
Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000. baca seterusnya di sini




3000 anak ayam hangus terbakar

3,000 anak ayam hangus
Anak ayam yang hangus dalam kebakaran di pusat ternakan di Jementah, tengah malam kelmarin.
SEGAMAT - Sebuah reban ternakan yang menempatkan kira-kira 3,000 anak ayam musnah dalam kebakaran di Jementah di sini, tengah malam kelmarin.

Kejadian disedari pekerja pusat ternakan itu yang tinggal di kawasan berhampiran pada jam 12.30 tengah malam, selepas terhidu bau asap dan daging terbakar.

Penyelia pusat ternakan tersebut yang hanya mahu dikenali Isma, 50, berkata, kebakaran hanya disedari pekerja apabila bau daging terbakar semakin kuat.

“Ketika itu api sudah marak dan salah satu daripada sembilan reban telah musnah. Saya mengajak pekerja lain untuk membantu memadamkan api sementara menanti ketibaan bomba.

“Paling menyedihkan, anak ayam yang baru tiba di sini, semuanya habis rentung terbakar. Saya anggarkan anak ayam tersebut lebih kurang 3,000 ekor,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, anak ayam tersebut adalah baka ‘Grand Parent Stock’ (GPS) yang diimport dari Belanda dan berusia lima hari serta baru  sahaja tiba di reban berkenaan.

Jelasnya, setiap reban di sini, boleh memuatkan sehingga 15,000 anak ayam dan anak ayam tersebut akan dijual kepada peniaga dan peraih apabila usianya mencecah enam tahun.

“Mungkin kebakaran pada malam ini (kelmarin) berpunca daripada alat pemanas di dalam reban yang rosak. Tetapi, itu hanya andaian saya kerana belum menerima laporan penuh daripada pihak bomba berhubung punca sebenar kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Pegawai Bomba Kanan 1, Sailan Serin berkata, pihaknya hanya dimaklumkan salah seorang pekerja pusat ternakan tersebut berhubung kebakaran itu pada jam 12.45 tengah malam.

Menurutnya, satu jentera bomba dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal sepenuhnya 20 minit kemudian.

“Mujur pihak majikan menyediakan alat pemadam kebakaran. Ini secara tidak langsung dapat mengawal api daripada merebak sebelum pihak bomba tiba dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

sumber; http://www.sinarharian.com.my/3-000-anak-ayam-hangus-1.166047

SUDU

Arkib Blog