D

2 Mac 2012

Pengkalan Kubor Kelantan Kawasan Bebas Cukai


Pengkalan Kubor ialah sebuah daerah dan bandar sempadan Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand di di jajahan Tumpat, utara negeri Kelantan. Bersempadan dengan Tak Bai. 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubur' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk tempat , pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubur orang Melayu satu ketika dahulu.


Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira sejam sahaja.


Pengkalan Kubor mempunyai pos pemeriksaan Imigresen yang membolehkan kemasukan dan keluar orang ramai di antara Malaysia dan Thailand. Di siang hari, perkhidmatan feri membawa penumpang menyeberangi sungai ke Tak Bai dengan dikenakan tambang 50 sen. Jalan di antara Pengkalan Kubor ke Kota Bharu melalui kawasan perkampungan tradisional di Kelantan. Pengunjung yang berkereta api dari Kuala Lumpur atau singapura terpaksa turun di Stesen keretapi Tumpat. Dari stesen ini, mereka bolehlah menaiki kereta sewa, teksi atau kereta sapu ke Pengkalan Kubor. Di sepanjang ke sini ada beberapa peperiksaan polis untuk memastikan tiada penyeludupan senjata api,gula, beras, minyak masak, barang baram dan lain-lain.

Pejabat Imigresen Pengkalan Kubor Kompleks Imigresen 16080 Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan Telephone: 09-7211300 Fax: 09-7211218

1 Mac 2012

Kalender 2012 pdf percuma


Cara Buat Kuih Cakoi





Cakoi


ADUNAN YIS
200g tepung gandum
3000ml air suam
1 sudu besar yis segera ( Instant Yeast)

DOH
1 sudu teh tawas ( alum), ditumbuk halus
400 ml air
2 sudu teh soda bikarbonat
1-2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak
600 gram tepung berprotien tinggi
1 sudu besar minyak, untuk sapu
2 - 5 sudu besar tepung,untuk ditabur atas papan canai
minyak yang mencukupi untuk menggoreng.

Untuk adunan Yis

Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1 - 2 jam. Tawas dilarutkan dengan separuh air dan campurkan dengan adunan yis. Tambah baki air dan, soda bikarbonat, garam dan minyak.

Masukan tepung dan gaul menjadi doh lembut.Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 minit. Uli doh selama 10 minit kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar lagi 2 jam.

Taburkan tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm, lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping. Kemudian basahkan lidi dan tekan ditengah - tengah untuk setiap potongan dan lekatkan satu potongan diatas. Buat hingga habis dan kemudian digoreng dalam minyak yang panas. Sebelum masukkan dalam kuali, tarik sikit doh itu supaya jadi panjang.

Gorengkan hingga warna kuning seperti gambar dan boleh makan terus ataupun dengan seri kaya, kuah kari dan pelbagai lagi...

sumber : http://www.teknologimakanan.com

SUDU

Arkib Blog