D

1 Disember 2010

Home Stay Alor Star Kedah

AB Homestay di Alor Setar Kedah.
Saudara ingin ke Alor Setar untuk Kenduri-kendara?
Melawat saudara-mara?
Hantar anak masuk ‘U’, Kolej,
Asrama?
Berkursus?
Melancong?

Orang KEDAH boleh tolong!

Lokasi yang strategik
4km (+- 5 minit)ke Bandaraya
Alor Setar
5km(+- 7 minit)ke lapangan terbang
(+- 15 minit) ke Stesen Bas Shahab Perdana
(+- 15 minit) ke Jalan Langgar
(+- 20 minit) ke Bandar Jitra.

Kemudahan Penginapan:
Rumah single-storey Semi-D
3 Bilik Tidur & 2 Bilik Mandi
(1 masterbedroom + 2 rooms)
Aircond (master bedroom & room 2 beds)
Remote Fan with fresh air
TV, Kettle, Iron, Freezer

Kemudahan Sekitar:

Kedai runcit, mini-market,warong dan restoran.
Pasar malam (petang Jumaaat).

Selesa untuk seisi keluarga!!!!!
Persekitaran yang sentosa

Pemandangan sawah bendang


Berhampiran kawasan Istana



Tunggu apa lagi?

Di tepi sawah katak melompat,

Sapa cepat dia dapat!

Untuk pertanyaan/tempahan sms atau telefon sekarang!
(SMSkan bilangan tetamu dan bilangan malam penginapan)

sedikit pesanan..
pihak homestay tidak akan melayan tempahan untuk couple yang belum berkahwin!!!!!!!!

salinan i/c dan surat nikah (honeymoon couple) diperlukan ketika pendaftaran.

kemudahan penginapan ini hanya untuk muslimin dan muslimat sahaja.

tertaluk pada terma dan syarat..




UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DAN TEMPAHAN SILA HUBUNGI
Irwan 019-5715099


Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Kelantan- Bachok

Bachok

Irfaan Homestay
Kg.Rusa Jelawat Bachok Kelantan
Banglo 3 bilik
0132074423
RM150
10 minit ke Bachok, 2-3 min Jelawat, Sek Dato Perdana, tapak UMK bachok, lokasi di Kg. Rusa berdekatan dengan Petronas Jelawat, PPD Bachok. Persekitaran yang selamat, berada dalam Kawasan Rukun Tetangga. Berdekatan Gerai Makan & Restoran, ATM Maybank, BSN, Stesyen Minyak.

Ujian kuatkan iman Iris

Ujian kuatkan iman Iris

NEGARA jiran Indonesia, tidak menghalang mereka yang berlainan agama terutamanya antara Islam dan Kristian disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Mengenai agama bagi anak-anak pula ia terpulang kepada mereka untuk memilihnya sendiri. Persoalan seperti ini pastinya rumit, kerana ada kalanya si anak akan 'mencuba' terlebih dahulu mana-mana agama, sebelum mengambil keputusan memilih agama mana yang kekal untuk mereka anuti sehingga ke akhir hayat. Seorang doktor wanita dari negara jiran tersebut, Iris Rengganis, 52, merupakan salah satu contoh anak yang lahir dari ibu bapa yang berlainan agama. Bapanya, Profesor Dr. Karnen Garna Baratawidjaja beragama Islam manakala ibunya, Dr. Wachjuni MHA pula beragama Kristian Protestan.Oleh itu adik beradiknya yang kebetulan perempuan kesemuanya iaitu Ambhara, Prasna Pramita, Farah Prashanti dan Iris sendiri diberi kebebasan memilih agama yang mereka sukai.Iris sendiri akhirnya pada usia 34 tahun iaitu pada tahun 1992 memeluk Islam atas kerelaannya sendiri.Sebagai 'hadiah kesyukuran' atas 'kemenangan' yang dicapai oleh si anak, bapanya membawa Iris mengerjakan umrah setahun selepas pengislamannya itu. Namun umrah tersebut sama sekali tidak meninggalkan sebarang bekas yang mendalam di hati Iris."Bagi saya umrah tersebut tidak ubah seperti pergi melancong. Sewaktu umat Islam lain mengalirkan air mata, menangis ketika berada di Raudhah (berdekatan makam Rasulullah di Masjid Nabawi) tetapi saya yang juga berpeluang berada di situ tidak ada emosi. "Saya rasa biasa-biasa sahaja. Tidak ada apa yang menarik bagi saya untuk saya menghayati sepenuhnya mengenai Islam. "Mungkin ketika saya masih belum mengerti sepenuhnya mengenai ajaran Islam khususnya ibadat umrah," katanya.Ini menjadikan Iris lebih banyak berjalan-jalan dan berbelanja sahaja ketika berada di kota suci Mekah dan Madinah. "Kerana itulah sewaktu hendak pulang ke Jakarta Indonesia, saya sempat berkata dalam hati 'Ya Allah, kalau memang Islam ini agama yang benar, yang harus saya anuti, saya akan kembali semula ke sini'," katanya.Walaupun tidak berniat seperti satu doa kepada Allah dan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh namun Allah tetap memberikan lebih daripada apa yang Iris mahu. Lalu apabila ditanya adakah Islam kini memang agama yang benar dan harus dipilihny Iris menjawab: "Allah benar-benar maha mendengar sekalipun dari bisikan hati saya, bahkan sesuatu yang hanya terlintas di kalbu, Allah terus menjawab 'doa' saya itu."Ternyata Allah memberikan petunjuk kepada saya bahawa Islam memang agama yang benar. "Buktinya sehingga saat ini sudah enam kali saya kembali ke Mekah, iaitu tiga kali untuk menunaikan umrah dan tiga kali untuk menunaikan haji. Lebih menarik lagi kesemua pemergian itu adalah percuma tanpa memerlukan saya mengeluarkan belanja sedikit pun." Beliau berpeluang menunaikan haji secara percuma itu apabila diminta bertugas sebagai doktor untuk para jemaah Indonesia. Malah ada kalanya kata Iris, saat beliau merasakan ingin sekali ke Mekah untuk menunaikan umrah bagi melepaskan tekanan dan bebanan tugas sebagai seorang doktor secara tiba-tiba beliau mendapat tawaran ke Tanah Suci itu.Ini termasuklah untuk menjalankan tugas di sana selama lebih sebulan yang turut membolehkannya menunaikan umrah. Menurut Iris, sedari kecil beliau sudah terbiasa dengan suasana keluarga yang berbeza-beza agama. Malah dikatakan mereka boleh hidup dengan harmoni tanpa sebarang masalah mahupun konflik


link http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

SUDU

Arkib Blog