D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

3 Januari 2012

Punca Zakar Bengkok - Info Dewasa


SAYA berusia 58 tahun. Akhir-akhir ini zakar saya membengkok ke kanan apabila ereksi. Mungkinkah berlaku kecederaan pada urat saraf menyebabkan ia terjadi sedemikian? Apakah rawatan terbaik bagi meluruskannya semula? Saya juga tidak selesa apabila bersama isteri dan kerap terasa pedih apabila ejakulasi.

KARIM
Pulau Pinang



Biasanya, bengkok pada zakar ketika usia lanjut ada kaitan dengan ‘troma’ atau kecederaan. Kecederaan mungkin ringan seperti urutan kepada zakar atau zakar terbengkok ketika melakukan tusukan dalam faraj atau zakar yang ereksi tertindih ketika tidur.


Jarang berlaku kecederaan berat seperti kemalangan atau hentakan kuat kepada zakar yang ereksi dan mengakibatkan bengkak serta zakar kelihatan membengkok.


Masalah ini dikenali sebagai ‘Peyronie’s Disease’. Sukar dipastikan sebab perkara ini berlaku, kecuali individu yang mengalaminya dapat mengaitkannya dengan kecederaan yang saya nyatakan.

Bengkok berlaku apabila sebahagian selaput otot zakar mengeras dan membuatkan ia membengkok ke arah parutan. Jika ada parut dalam otot zakar, lama-kelamaan zakar kelihatan kecil kerana ketika ereksi, bahagian zakar yang mengeras dengan parut itu tidak mengembang.

Sudah tentu zakar yang melengkung atau membengkok membuatkan salur kencing juga bengkok dan tercerut di bahagian yang bengkok. Ketika ejakulasi berlaku, salur kencing di bahagian berkenaan terasa sakit.

Jika masalah ini dapat diperbetulkan, situasi itu akan reda atau pulih. Jika ia dibiarkan, lama-kelamaan ia menjadi ketara dan kesudahannya individu itu tidak dapat melakukan seks.

Saya syorkan anda jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rujukan pakar yang tahu mengendalikan masalah ini.

Saya juga syorkan penggunaan alat penarik otot zakar digelar Andro-Extender (www.andromedical.com) selain mendapatkan rawatan untuk melembutkan parut.


sumber http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Alatsulitbengkok/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog