LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2

Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha

Ringtone Maher Zain• For The Rest Of My Life

Kord Gitar Lagu Melayu Malaysia vs Indonesia

Cara Nak "Claim Warranty Printer" HP


Kepada Yang Nak Tahu cara Claim Warranty Printer HP.

Telefon Hp Service Centre 1800-888-588
ikut arahan yang anda dengar.
tekan 1 bla bla bla..
tekan 2 bla bla bla..
tekan bla bla untuk printer
anda akan dilayan oleh operator atau jurukteknik

beri tahu masalah printer anda, model dan sirial no untuk printer tersebut
juruteknik akan membantu anda untuk membuat proses mengesan kerosakan.
ikut segala arahan yang di dia ajar.
sekiranya printer benar-benar rosak
pihak HP akan memberitahu anda bahawa penukaran printer akan di buat dalam masa 3 hari.
jadi tak perlu bersusah-payah..
tunggu sahaja printer baru anda tibaaaaa..........

Saleem Ikhlim Berdarah Kacukan India Muslim

A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi kumpulan Iklim yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.

Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Dengan berbekalkan bakat semulajadi dan kebolehan yang ada pada dirinya, pada tahun 1988, Saleem telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa (boleh diragui akan kesahihannya) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Untuk pengetahuan semua, nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial/kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.

Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yangmenjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: Suci dalam Debu, Hakikat sebuah Cinta dan Satu Kesan Abadi. Lagu Suci Dalam Debu dendangan IKLIM telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu.

Setelah album Satu Kesan Abadi mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, Saleem dan anggota kumpulan Iklim telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci dalam Debu" yang dibintangi oleh Julia Rais dan Sidi Oraza. Walaubagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem itu kurang menonjol dan boleh dipertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut.

Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90an hingga sekarang adalah seperti berikut:

1. Suci Dalam Debu
2. Satu Kesan Abadi
3. Hakikat Sebuah Cinta
4. Sandiwara Cinta Semusim
5. Ammarah
6. Bulan Jatuh ke Riba
7. Gerhana Cinta Luka
8. Abadi
9. Selamat Tinggal Penderitaan
10. Elusan Cinta
11. Sayembara
12. Menjejak Bayang Bayang ( duet Saleem & Wann )
13. Budi
14. Mimpi Yang Pulang
15. Blues Terengganu Kita
16. Mahligai Seribu Mimpi
17. Mantera Anak Seni
18. Aduhai! Seribu Kali Sayang
19. Rumah Kecil Buluh Semambu
20. Aku Pasti Kembali
21. Orang Rentak Berdua ( duet Saleem & Ayati Tasrip ) ( LAGU TRADISIONAL )
22. Bukan Aku Tak Cinta
23. Dunia
24. Patah Ranting Di Cermin Usia
25. Lambaian Aidilfitri ( duet Saleem & Jamal )
26. Namun Ku Punya Hati ( Lagu Saduran )
27. Datang Dan Pergi ( Tribute To RAMLI SARIP )
28. Taman Rohani ( duet Saleem & Arab feat Hillary Ang )
29. Pesona ( Saleem feat Hillary Ang )
30. Sheilla
31. What Can I Say
32. Di Pintu Mahligai
33. Sebenarnya Kata Pujangga
34. Dialah Segalanya
35. Si Karut Marut
36. Bukan Niatku
37. Kasih Syurgawi
38. Retak Seribu
39. Hey Maria
40. Bukan Ku Tak Sudi
41. Cinta Yang Aku Punya
42. Karam Di Lautan Duka
43. Mungkin Tak Pasti
44. Puteri 96
45. Sambutlah Tanganku
46. Maaf
47. Juwita
48. Lara
49. Isabella 98 ( duet Saleem, Jamal, Amy & Zamani )
50. Dari Kekasih Kepada Kekasih
51. Rajuk
52. Fantasia Bulan Madu ( duet Saleem & Poppy Mercury )
53. Mahligai Syahdu
54. Ratib Orang Pinggiran
55. Airmata Kasih
56. Ratu Sanubari
57. Merisik Khabar
58. Antara Rintih Dan Tangisan
59. Bunga Emas
60. Senandung Semalam
61. Insan Seni
62. Semut
63. Debu Debu Rindu
64. Hutang
65. Antara Hujan Dan Airmata
66. Dendangan Kalbu
67. Kau Anugerahku
68. Sesat Di Kuala Lumpur ( duet Saleem & Amy Search )
69. Alam Cinta
70. Sepi Sekali
71. Gerimis Senja
72. Suara Kekasih ( duet Saleem, David, Zamani & Ezad )
73. Ke Hujung Hayat
74. Cinta Buana
75. Trilogik Cinta (Cinta 3 Segi)
76. Wanitaku
77. Kamelia
78. Harum Kasih Bersemi ( duet Saleem & Kristal )
79. Kasihnya Laila ( duet Saleem & Khalifah )
80. Tamu Jiwa
81. Benarkah Kerana Cinta
82. Benci Tapi Rindu
83. Tinggal Kenangan

Pada tahun 1994, Saleem telah digam daripada muncul di kaca TV untuk membuat persembahan dalam rancangan berprestij iaitu pertandingan akhir Muzik Muzik TV3. Larangan tersebut adalah arahan daripada pihak kerajaan kerana keterlibatan Saleem dengan masalah dadah. Lagu IKLIM yang masuk ke dalam carta akhir pertandingan muzik muzik 94 itu adalah Bukan Aku Tak Cinta. Sebagai gantinya, seorang penyanyi wanita, Adilla diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu itu ke pertandingan. Malang sekali ia tidak membawa sebarang kejayaan. Kontroversi timbul apabila secara terbuka, Saleem mengkritik penampilan Adilla yang sewenang-wenangnya menukar rentak lagu tersebut daripada sentimental Balada kepada irama keroncong. Dalam sesi temuramah dengan siaran televisyen, Saleem telah beberapa kali mengeluarkan perkataan "Macam mana boleh jadi macam ni?" dengan nada sinis berbaur tidak puas hati sambil diapit oleh ahli-ahli kumpulan IKLIM yang lain persis lagak sebagai seorang gangster berjaket kulit dengan berkaca mata hitam. Pada tahun berikutnya lagu-lagu IKLIM terus mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. Di Pintu Mahligai adalah merupakan lagu yang paling top pada tahun 1995 sehingga ia sering berkumandang di corong-corong radio mahupun televisyen.

Kejatuhan

Zaman kejatuhan IKLIM dan Saleem dipercayai terjadi pada pertengahan dekad 90an (1996) selepas isu kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa seorang anggota tentera darat Malaysia. Sejak kemalangan tersebut, kehidupan Saleem bertukar menjadi tidak menentu ditambah lagi dengan masalah penagihan dadah yang menambahkan lagi kesulitan untuk mempertahankan populariti kumpulan tersebut dan imej baik di mata masyarakat. Lama-kelamaan Saleem dan kumpulan IKLIM terpaksa berpecah. Perpecahan tersebut dipercayai akibat masalah displin yang menimpa diri Saleem. Penyanyi tersebut kerap membatalkan segala temu janji di saat akhir dan lewat hadir ke pertunjukan gemilang yang diundang. Akibatnya, kumpulan tersebut telah disenaraihitamkan oleh pihak penganjur kerana tidak mahu reputasi mereka terjejas yang kelak pasti menanggung kos kerugian. Bagi membolehkan IKLIM terus bernafas di persada seni tanahair, Saleem telah disingkirkan daripada IKLIM. Tujuan penyingkiran Saleem adalah untuk mengelakkan kumpulan IKLIM daripada terus mengalami reputasi buruk, sekaligus ditegah dan diharamkan daripada membuat sebarang pertunjukan. Tetapi malangnya, penyingkiran tersebut tidak dapat mengembalikan kegemilangan IKLIM seperti pada awal 90an dulu.

Menurut seorang penganalisis dan pemikir seni budaya tanahair secara sambilan, Fahrul Hakim Ayob(33), jika dilihat dari sudut akademik, Saleem tidak pernah menyalahkan sesiapa terhadap penyingkiran tersebut dan mengakui bahawa segala masalah adalah berpunca daripada diri beliau sendiri. Oleh yang demikian, dalam hal ini, beliau (Saleem) pasrah. Menurutnya lagi, Saleem menganggap bahawa perpecahan tersebut merupakan suatu takdir. Sudah pasti ia memberi "satu kesan abadi" ke atas diri Saleem baik dari sudut positif mahupun negatif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Saleem berasa sungguh terkilan dengan penyingkiran tersebut. Walaubagaimanapun Saleem tetap tabah dan berfikiran positif. Beliau beranggapan bahawa "Rezeki adalah di tangan tuhan".

Pada akhir tahun 1996, Penyanyi bersuara emas dan serak-serak basah ini telah ditangkap di Jalan Chow Kit/Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Berita tergempar yang memalukan itu telah disiarkan dalam televisyen serta terpampang di dada akhbar-akhbar tempatan. Penangkapan tersebut menyebabkan Saleem dipenjara. Justeru itu, Segala lagu Saleem dan rakaman persembahannya telah digam oleh pihak kerajaan daripada disiarkan sehingga beliau dibebaskan kelak.

Kebangkitan Semula

Setelah dibebaskan, Saleem ingin kembali aktif menyanyi walaupun imejnya telah tercemar dan popularitinya agak menurun. Namun begitu, beliau bernasib baik kerana masih diberi kepercayaan oleh Warner Music of Malaysia untuk merakamkan sebuah album nyanyian solo yang diberi judul "Maaf/Juwita" pada tahun 1998. Terdapat beberapa lagu dalam Album Juwita dirakamkan di Indonesia. Menurut sesetengah pendapat, album Juwita telah memberi nafas baru kepada Saleem. Album itu membuktikan bahawa beliau memang berpotensi menjadi seorang penyanyi solo yang berjaya. Tidak dapat dinafikan bahawa album Maaf/Juwita telah membuka satu dimensi baru ke atas diri beliau. Album tersebut telah berjaya mempertahankan namanya dalam industri muzik tanahair setelah sekian lama beliau lesu dan kurang bergiat dalam bidang seni. Album Maaf/Juwita bertemakan keinsafan dan mengharapkan jutaaan kemaafan daripada peminat kerana keterlanjurannya dengan najis dadah.

Konsep cover album tersebut memaparkan imej Saleem yang bermisai/berjambang sebagai seorang yang telah Insaf dan bertaqwa. Lagu Juwita adalah sebuah lagu syahdu sempena nama isteri pertamanya. Lagu tersebut dihadiahkan khas untuk isterinya, Juwita bagi mengenangkan jasa, berkat kesabaran dan jerih payah beliau dalam menangani liku-liku kehidupan bersama anak-anak yang semakin terhimpit ketika Saleem di dalam penjara. Pada tahun 1999, Lagu Juwita telah berjaya masuk ke pertandingan akhir Muzik Muzik terbitan TV3. Saleem secara solo mendendangkan lagu itu secara live di hadapan penonton. Tetapi nasib tidak menyebelahinya, Saleem gagal untuk memenangi sebarang anugerah di kejuaraan itu. Desas-desus mengatakan bahawa suara Saleem hampir tidak keluar dan tersekat-sekat ketika menyampaikan lagu tersebut.

Setelah kejayaan album Maaf/Juwita, Saleem telah diberi kesempatan untuk merakamkan beberapa album seperti Bunga Emas bersama bekas kumpulannya, IKLIM, Ratib Orang Pinggiran serta berpeluang berduet dengan Rahmat(Ekamatra), Jamal Abdillah dan Penggubah M. Nasir.

Di sini dapat diberi kesimpulan bahawa nama Saleem memang kental dan tetap megah dalam bidang seni nyanyian dan populariti beliau tidak terhakis di tengah-tengah kemunculan puluhan penyanyi muda yang mempunyai rupa, harta, bakat dan berpotensi besar seperti kumpulan KRu, Ruffedges, KooL, Slam, Innuendo, Julia Banos, Siti Nurhaliza dan ratusan lagi bakat baru. Memang agak aneh, persaingan ini tidak sedikitpun melenyapkan namanya sebagai insan seni yang terunggul di tanahair.

Malang telah menimpa sekali lagi ke atas diri Saleem. Kali ini pada pertengahan tahun 2004, Saleem telah ditangkap buat kali kedua kerana dadah. Kali ini beliau telah disumbat ke dalam penjara Kajang. Menurut beberapa siri wawancara dengannya, penjara Kajang telah mengajar Saleem banyak erti kehidupan. Kali ini beliau kelihatan agak serik, letih dan tua. Diharapkan penangkapan ini benar-benar menginsafkan diri Saleem sehingga ke akhir hayatnya. Pada bulan Ogos tahun 2006 Saleem dan Jamal Abdillah dijemput oleh RTM1 untuk ditemuramah dalam slot program Isu Semasa berkenaan dengan penglibatan dirinya dengan najis dadah.

Saleem tetap terunggul dan namanya tetap utuh dalam bidang seni suara. Dengan segala potensi, bakat semulajadi dan nilai komersil yang masih ada pada dirinya, Rock Record dan Warner Music of Malaysia bersama dengan saudara Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) sebagai wakil daripada syarikat tersebut telah berjumpa dengan Saleem dan memberi peluang kedua (sejak 1993) kepadanya untuk pembikinan sebuah lagi album baru. Kali ini album tersebut adalah kompilasi lagu-lagunya dahulu daripada kumpulan IKLIM. Judul Album beliau pada ketika itu adalah 'Saleem Raja Balada'. Album beliau kali ini tetap berjaya dan mendapat sambutan hangat daripada peminat. Anugerah platinum telah diberikan kepada album ini dengan jumlah pembelian mencapai beberapa puluhan ribu unit.

Berperisa, Unik, merdu, serak-serak basah, parau dan 'agak sengau' itulah kelebihan suara Saleem yang membuatnya terus diminati oleh peminat-peminatnya. Album terkini beliau iaitu Epigoni (2006) telah mencatat jualan yang membanggakan dan memenangi anugerah Emas kerana penjualan telah mencecah lebih daripada 15 ribu unit sejak tiga minggu berada di pasaran. Konsep album beliau pada kali ini adalah remake lagu-lagu lama dendangan Amy-Search, Shima, Bumiputra Rocker, Allahyarham Sudirman, Wings dan lain2 lagi.

Alhamdulillah kini beliau kelihatan sangat bahagia dengan isteri keduanya, iaitu Julia Bachok. Menurut seorang kenalan rapat dari Astro, Saleem kini telahpun menjadi artis di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro iaitu sebuah stesen TV bersatelit pertama di Malaysia yang berpengkalan di Seri Kembangan, dekat Serdang. Sejak di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro, Saleem telah beberapa kali diberi peluang untuk memenuhi undangan bagi memeriahkan lagi industri muzik tanahair dengan menjadikan isteri kedua kesayangannya Julia, sebagai pengurus peribadi.
[sunting] Saleem dan kumpulan Iklim

Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock (kugiran) yang muncul pada akhir dekad 80-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989 yang bertemakan irama rock perlahan (slow rock). Pada asal penubuhannya, kumpulan Iklim dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Di awal penubuhan IKLIM mereka terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu A.M SALEM ABDUL MAJEED,UMARUL MAHDZAR,MOHD SALIM,KAMARUDIN & FADHIL SUHAIMI namun perpecahan berlaku Pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain keyboard, HUZALI ALI memandangkan instrumen keyboard banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990)

1. Saleem (Vokalis)
2. Umarul (Gitar utama)
3. Mohalim (Bass)
4. Huzali (Keyboard)
5. Kama (Pemain dram)

sumber ini di petik dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Saleem

Koleksi Isi Dan Kulit - Jamming
















Video CropoX Jamming



Video Jamming Lagu 60 an



Photobucket


Kod Telefon Bimbit Nokia

Nokia phones service codes

*#0000# - SW version
*#06# - IMEI
*#war0anty# - SIMLOCK info
*3370# - Enhanced Full Rate ON
#3370# - OFF
*4720# - alternative sound quality codec ON
#4720# - OFF
*#7780# - default factory settings
*#7760# - production serial no.
*#2820# - Bluetooth info.
*#73# - reset phone timers and game scores.
*#7370925538# - delete all the content of the wallet and the wallet code.
*#7370# - soft format — erases all telephone memory.
[Green]*3 - hard format — if only the telephone memory is formatted, puts back the attitudes and reboots
*#delset# - MMS/GPRS settings removal


NOTE: code depends on phone model

Harga Tokek

Sebelum ini hanya tokek yang beratnya melebihi 300 gram menjadi pilihan pembeli, tetapi kini 200 gram dan ke atas juga turut berada dalam senarai wajib buruan. Berikut adalah senarai perbandingan harga mengikut kajian saya ke atas senarai yang diberikan oleh pembeli :-

Harga tokek pada May 2010 :
220gram =RM2,300.00
300gram =RM100,000.00
400gram =RM180,000.00
500gram =RM500,000.00
600gram =RM600,000.00
800gram =RM800,000.00
1000gram =RM1,200,000.00

Peningkatan harga yang amat tinggi pada Julai 2010

Harga tokek pada JULAI 2010 :
220gram =RM3,000.00-RM5,000.00
230gram =RM5,000.00-RM8,000.00
250gram =RM8,000.00-RM15,000.00
280gram =RM10,000.00 - RM30,000.00
300gram =RM150,000.00-RM200,000.00
350gram =RM200,000.00 ke atas
400gram =RM300,000.00 ke atas
500gram-999gram =RM1,000,000.00-RM5,000,000.00
1000gram- ke atas =RM6,000,000.00- RM50,000,000.00

TEKS DARI : http://lurifas-inamaz.blogspot.com/2010/07/harga-tokek-terbaru-2010-latest.html

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Kelantan- Tanah Merah

Homestay D'Kemahang
No.339, FELDA Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Semi-D, 2 buah bilik tidur, 1 bilik air
0129681230
RM120,RM200(Air-cond)
Perabot seperti kerusi ruang tamu, T.V, (Air-Conditioner not available yet). Ditengah2 antara Jeli, Tanah Merah dan Machang. berhampiran MRSM Jeli, Rantau Panjang, UiTM Machang, SMTeknik T.M, Air-Air terjun.

apa makna di sebalik lirik lagu ni?

SEBELUM


SELEPAS



apa makna di sebalik lirik lagu ni?
anda tahu?

Rabbit PakcikHusen

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Kelantan- Pengkalan Chepa

Pengkalan Chepa

Teratai homestay
Lot 1085 Perumahan SEDC Jln. Padang Tembak, Pengkalan Chepa,16100 Kota Bharu.
Rumah teres 1 tingkat (Corner Lot)
012-9556559
RM 150.00
3 bilik tidur (2 bilik berhawa dingin), 2 katil duble dan 2 katil single, 2 bilik air, 1 set sofa, TV, Peti Ais, iron, kelengkapan memasak dan halaman berpagar yang luas.


Singgahan Villa
Lot 1530 A Batu 2 Jalan Pengkalan Chepa, 15400, Kota Bharu Kelantan
Guest house / 6 rooms
0179311393/faridahananyaacob@gmail.com
RM70 - RM150


Casa Abadi - Ahlam Rest House
Pt 1333, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kelantan
Double storey semi-d, 3 bedrooms, 2 family areas, 3 bathrooms, kitchen, wireless internet, astro
Fizzah 012-9591597 , chik_257@yahoo.com
RM250/ house (perday) RM50/room (perday), RM450/room (permonth) negotiable


Aida Guest House
121 Lorong Taman Sabariah, Bt 3, Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Rumah 1 Tingkat, 1 bilik tidur (aircon/kipas siling), ruang dapur, 1 bilik air (air panas), ruang rehat & ruang study, 1 letak kereta teduh.
Pn. Aida/Yusri, Tel= 09-7740000/0139301341
RM 100.00 Satu malam + sarapan pagi (teh+roti bakar)


MN Kelana (Guest House).
Pt 600, Tmn Mesra, Pengkalan Chepa, 16450, Kota Bharu, Kelantan
Double storey bunglow (semi D), 3 room(air-conditioner), 2 bathroom, 2family area and a kitchen, have a large parking area
019-9425859/0199853018
More value for money, just RM250 perday/ house.(negotiable), suitable for 2 and 3 family

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Kelantan- Pasir Mas

Pasir Mas

Haji Yunus Homestay
Kg Serdang. Pasir Mas
Banglo / 3 bilik
0192572704 / 0362503442 / nurfirdausy@gmail.com / ella_121@yahoo.com
Rm 290 / sehari (boleh dikurang kan jika melebihi 3 hari)
2 bilik air dan dapur lengkap dengan segala perkakasan.Nota : 1 bilik dijadikan stor buat masa ini. Hanya 2 bilik yang boleh digunakan.


D'Singgah Guest House
492,Tmn BEJ,Km 3,Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang,17000 Pasir Mas
Banglo setingkat/ 4 bilik
012-2248237
RM280
Lengkap berperabot,ada kmdhn memasak,peti ais,astro,2 bilik ada hawa dingain dan laman rumah boleh muat 5 buah kereta.


Family Homestay.
Lot 287 Kg. Tok Buak, Tendong, 17030 Pasir Mas, Kelantan (dekat Pasaraya Salamku Xtra)
Banglo setingkat. Tiga bilik tidur, 2 bilik air. 2 katil double, 2 katil single. Di lengkapi sofa, tv, cerek elektrik dan sterika.
019-5700598 (Zul), 019-5710598(Azura)
RM 130 - RM 180 bergantung kepada bilangan orang dan tempoh menginap.

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Kelantan- Ketereh/Kok Lanas

Ketereh/Kok Lanas

Damai Budget House
Lot 5225 Tmn Sri Atira, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan
Teres 2-tingkat; 4 bilik 3 bilik air, fridge, tv, sofa, washing machine,iron, etc.
017-9190364
RM160-200/malam(negotiable)
Spacious bedroom and living room, 250 meter from PKB, Bank Muamalat. ATM\'s:BSN,Bank Rakyat,MBB. Fridge,TV,iron,sofa,washing-machine etc.Foods and drinks available round-the-clock.


KL Budget House
Lot 2561 Tmn Sri Atira Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.
Teres 3bilik, 2 bilik air.
017-9190364
RM150-200/malam
150 meter dari Politeknik Kok Lanas, Bank Muamalat/Maybank/BSN/Bank Rakyat, Econjaya. Fridge,TV, aircond bilik I,sofa,cerek elektrik,sterika dll. Enjoy the nightlife of Kok Lanas. Food available round the clock,unbelievable price.

Kord Mudah Gitar English - Maher Zain - Insyaallah

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Kelantan- Gua Musang

Gua Musang

Shaza
PT 9026 Tmn Kesedar Jaya, Gua Musang, Kelantan
Semi-D
012-9492173
RM 150
Berhampiran pusat bandar dan Taman Etnobotani. Mempunyai 3 bilik. Sesuai untuk yang berkeluarga.


GM Homestay
PT 9182, Tmn. Kesedar Jaya, Jln.Kaw.Industri, Gua Musang, Kelantan
Teres Setingkat 3 Bilik
0139309008
RM 170 Semalam
Penginapan berkeluarga yg selesa & berpatutan. Dalam kawasan Bandar Baru Gua Musang. Hampir Pasaraya, Bank2 & Medan Selera. 3 Bilik A/Cond, Dapur, Mesin Basuh, Peti Sejuk, Sterika,TV Astro dll.

RM2- SMS DAN PANGGILAN TANPA HAD

Berita baik untuk semua pengguna Celcom. Berita ini buat semua yang inginkan penjimatan

Untuk Melanggan, Taip YESRM2 ke 22188. T&S http://xpax.com.my/rm2.html

Kord Gitar Melayu - Kalau Berpacaran-Suhaimi Meor Hassan Feat Anna Raffali

Photobucket









Photobucket

Teknik Terbaru Gunting Rambut Guna Api




Home Stay Alor Star Kedah

AB Homestay di Alor Setar Kedah.
Saudara ingin ke Alor Setar untuk Kenduri-kendara?
Melawat saudara-mara?
Hantar anak masuk ‘U’, Kolej,
Asrama?
Berkursus?
Melancong?

Orang KEDAH boleh tolong!

Lokasi yang strategik
4km (+- 5 minit)ke Bandaraya
Alor Setar
5km(+- 7 minit)ke lapangan terbang
(+- 15 minit) ke Stesen Bas Shahab Perdana
(+- 15 minit) ke Jalan Langgar
(+- 20 minit) ke Bandar Jitra.

Kemudahan Penginapan:
Rumah single-storey Semi-D
3 Bilik Tidur & 2 Bilik Mandi
(1 masterbedroom + 2 rooms)
Aircond (master bedroom & room 2 beds)
Remote Fan with fresh air
TV, Kettle, Iron, Freezer

Kemudahan Sekitar:

Kedai runcit, mini-market,warong dan restoran.
Pasar malam (petang Jumaaat).

Selesa untuk seisi keluarga!!!!!
Persekitaran yang sentosa

Pemandangan sawah bendang


Berhampiran kawasan Istana



Tunggu apa lagi?

Di tepi sawah katak melompat,

Sapa cepat dia dapat!

Untuk pertanyaan/tempahan sms atau telefon sekarang!
(SMSkan bilangan tetamu dan bilangan malam penginapan)

sedikit pesanan..
pihak homestay tidak akan melayan tempahan untuk couple yang belum berkahwin!!!!!!!!

salinan i/c dan surat nikah (honeymoon couple) diperlukan ketika pendaftaran.

kemudahan penginapan ini hanya untuk muslimin dan muslimat sahaja.

tertaluk pada terma dan syarat..




UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DAN TEMPAHAN SILA HUBUNGI
Irwan 019-5715099


Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Kelantan- Bachok

Bachok

Irfaan Homestay
Kg.Rusa Jelawat Bachok Kelantan
Banglo 3 bilik
0132074423
RM150
10 minit ke Bachok, 2-3 min Jelawat, Sek Dato Perdana, tapak UMK bachok, lokasi di Kg. Rusa berdekatan dengan Petronas Jelawat, PPD Bachok. Persekitaran yang selamat, berada dalam Kawasan Rukun Tetangga. Berdekatan Gerai Makan & Restoran, ATM Maybank, BSN, Stesyen Minyak.

Ujian kuatkan iman Iris

Ujian kuatkan iman Iris

NEGARA jiran Indonesia, tidak menghalang mereka yang berlainan agama terutamanya antara Islam dan Kristian disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Mengenai agama bagi anak-anak pula ia terpulang kepada mereka untuk memilihnya sendiri. Persoalan seperti ini pastinya rumit, kerana ada kalanya si anak akan 'mencuba' terlebih dahulu mana-mana agama, sebelum mengambil keputusan memilih agama mana yang kekal untuk mereka anuti sehingga ke akhir hayat. Seorang doktor wanita dari negara jiran tersebut, Iris Rengganis, 52, merupakan salah satu contoh anak yang lahir dari ibu bapa yang berlainan agama. Bapanya, Profesor Dr. Karnen Garna Baratawidjaja beragama Islam manakala ibunya, Dr. Wachjuni MHA pula beragama Kristian Protestan.Oleh itu adik beradiknya yang kebetulan perempuan kesemuanya iaitu Ambhara, Prasna Pramita, Farah Prashanti dan Iris sendiri diberi kebebasan memilih agama yang mereka sukai.Iris sendiri akhirnya pada usia 34 tahun iaitu pada tahun 1992 memeluk Islam atas kerelaannya sendiri.Sebagai 'hadiah kesyukuran' atas 'kemenangan' yang dicapai oleh si anak, bapanya membawa Iris mengerjakan umrah setahun selepas pengislamannya itu. Namun umrah tersebut sama sekali tidak meninggalkan sebarang bekas yang mendalam di hati Iris."Bagi saya umrah tersebut tidak ubah seperti pergi melancong. Sewaktu umat Islam lain mengalirkan air mata, menangis ketika berada di Raudhah (berdekatan makam Rasulullah di Masjid Nabawi) tetapi saya yang juga berpeluang berada di situ tidak ada emosi. "Saya rasa biasa-biasa sahaja. Tidak ada apa yang menarik bagi saya untuk saya menghayati sepenuhnya mengenai Islam. "Mungkin ketika saya masih belum mengerti sepenuhnya mengenai ajaran Islam khususnya ibadat umrah," katanya.Ini menjadikan Iris lebih banyak berjalan-jalan dan berbelanja sahaja ketika berada di kota suci Mekah dan Madinah. "Kerana itulah sewaktu hendak pulang ke Jakarta Indonesia, saya sempat berkata dalam hati 'Ya Allah, kalau memang Islam ini agama yang benar, yang harus saya anuti, saya akan kembali semula ke sini'," katanya.Walaupun tidak berniat seperti satu doa kepada Allah dan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh namun Allah tetap memberikan lebih daripada apa yang Iris mahu. Lalu apabila ditanya adakah Islam kini memang agama yang benar dan harus dipilihny Iris menjawab: "Allah benar-benar maha mendengar sekalipun dari bisikan hati saya, bahkan sesuatu yang hanya terlintas di kalbu, Allah terus menjawab 'doa' saya itu."Ternyata Allah memberikan petunjuk kepada saya bahawa Islam memang agama yang benar. "Buktinya sehingga saat ini sudah enam kali saya kembali ke Mekah, iaitu tiga kali untuk menunaikan umrah dan tiga kali untuk menunaikan haji. Lebih menarik lagi kesemua pemergian itu adalah percuma tanpa memerlukan saya mengeluarkan belanja sedikit pun." Beliau berpeluang menunaikan haji secara percuma itu apabila diminta bertugas sebagai doktor untuk para jemaah Indonesia. Malah ada kalanya kata Iris, saat beliau merasakan ingin sekali ke Mekah untuk menunaikan umrah bagi melepaskan tekanan dan bebanan tugas sebagai seorang doktor secara tiba-tiba beliau mendapat tawaran ke Tanah Suci itu.Ini termasuklah untuk menjalankan tugas di sana selama lebih sebulan yang turut membolehkannya menunaikan umrah. Menurut Iris, sedari kecil beliau sudah terbiasa dengan suasana keluarga yang berbeza-beza agama. Malah dikatakan mereka boleh hidup dengan harmoni tanpa sebarang masalah mahupun konflik


link http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Senarai Hotel Di Terangganu - Setiu

SUTRA BEACH RESORT Kampung Rhu Tapai
Merang
21010 Setiu
Terengganu
09-6696200
09-6531111
Faks : 09-6696410
09-6531226
MERANG BEACH RESORT Pantai Peranginan Merang
Setiu
09-6099377
09-6239018

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Johor

Johor Bahru

Homey Homestay
Taman Perling Johor Bahru
Teres 2 tingkat / 4 bilik
013 7216570
RM 280.00 Satu Malam
Dilengkapi dengan 4 buah katil queen dan sebuah katil single, sofa, set televisyen, penghawa dingin untuk 3 bilik tidur, 3 bilik air, set dekoder astro tanpa kad astro, dapur memasak dan lain-lain fasiliti.


Larkin Guest House
No 74, Jalan Datin Halimah, Larkin, 80350 Johor Bahru
Banglo 1 Tingkat/3 bilik(2 Air Con+1 kipas)+3 bilik Air
019-729 3135 / larkin@guesthouse.my
RM 90-120/bilik
Lengkap dan selesa. 700m dari Terminal Larkin Sentral, 4km pusat bandar, 200m medan selera/petronas/esso/7 Eleven, 1km UiTM Kampus Bandar, 18km UTM Skudai, 1km Hospital Pakar Puteri, 400m Maktab Perguruan. Muat 4 buah kenderaan. Dekat kemudahan asas.




Batu Pahat

Anjung Tamu
No. 65, Jln Universiti 16, Tmn. Universiti, Parit Raja, 86400 Johor
Terrace corner-lot / 4 rooms
Hj Amin / 0137779700 / anjungtamu@yahoo.com
RM200/house weekdays
Untuk sewa 1 hari 2 malam




Kota Tinggi

Daiman Homestay
No.28, Jalan Berlian 1, Taman Daiman Jaya, Kota Tinggi
Teres 1 tingkat corner lot/ 3 bilik
019-7576027/0197586027/eddyros78@yahoo.com
RM200 sehari
Lengkap dan selesa. 1km dari Bandar Kota Tinggi, berhampiran kedai makan ade perkhidmatan bas dan teksi di jalan utama. Fully furnish: Penghawa dingin di ruang tamu dan bilik utama, sofa, set meja makan, katil queen di setiap bilik, TV, peti ais, dapur masak, water heater.


Amani Homestay
No. 16, Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Teres 1 tingkat / 3 bilik
016-2080011 / amani.homestay@gmail.com
RM 230 semalam
Rumah Serba Baru di lengkapi: Penghawa dingin(2x), sofa, set meja makan, katil queen 1x, single 3x, TV dan pemain DVD. Berdekatan Desaru.



Pontian

Damai Homestay
Damai, Pontian, Johor
Teres
019 7482010
RM50.00 (2H/1M)
Homestay untuk keluarga. 1 km ke bandar Pontian. Mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Berdekatan Masjid Tmn. Damai. Selesa untuk penginapan. Parkir berbumbung



Tangkak

Homestay Taman Warisan Sagil
Taman Warisan Sagil ,Tangkak Johor
Teres / 2 Bilik 1/2
0176700571
RM180 1H1M
Hanya 10 min ke Air Terjun Gunung Ledang ,15 min ke Bandar Tangkak dan berdekatan juga dengan Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Komuniti, ILP dan Lain-lain.


Senarai Hotel Di Terangganu - Kemaman

AWANA KIJAL GOLF, BEACH & SPA RESORT KM 28, Jalan Kemaman/Dungun
24100 Kijal
Kemaman, Terengganu
09-8641188
Faks : 09-8641688
CHENEH RECREATION & RESORT Bandar Cheneh Baru
24000 Kemaman
Terengganu
09-8730540
09-8730558
Faks : 09-8730542
KERTEH LODGE Bandar Baru Kerteh
24300 Kerteh
Kemaman, Terengganu
09-8264307
09-8265307
Faks : 09-8263452

Senarai Hotel Di Terangganu - Dungun

TANJONG JARA RESORT Batu 8, Jalan Dungun
23009 Dungun
Terengganu
09-8451100
RESIDENT RESORT PAKA Lot 473, Kampung Cacar
23100 Paka
Dungun, Terengganu
09-8273366
Faks : 09-8273388
09-8272817
E-Mail : rrp@tm.net.my
TENGGOL AQUA RESORT Pulau Tenggol
d/a : No 8, Jalan Sungai Penaga
23000 Dungun, Terengganu
09-8444868

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Melaka

Zaina homestay
No28, Jln Saujana 3/1, Tmn Saujan Sek3, Bkt Katil, 75450 Melaka
Rumah 2 tingkat,,ade 3 bilik.
0122396764 atau email kepada zaina_homestay@ymail.com
RM 150.00 per day
Berdekatan bandar Melaka & pusat pelancongan, tidak melebihi 30min ke pusat bandar. Tempat yang aman & harmoni. Berdekatan dengan pasar mlm. Rumah 2 tgkat,3 blik.d lengkapi penghawa dingin, dapur, peti ais, pemanas air. boleh memuat maksimum 15 orang.


Homestay Bandar Warisan
Pangsapuri Hilir Kota, Bandar Hilir
Apartment 3 bilik
0166712831/0196585294
RM160-180
Dilengkapi perabot, kolam Renang, kawalan Security. DiPusat Bandar, 1 min dari tempat Bersejarah dan Shoping (Mahkota Parade, dataran Pahlawan), 5min ke jonker Street. 20% diskaun utk makan di KFC Melaka.


Mak Yong Homestay
103-E, Jalan Melati 2, Taman Peringgit Jaya
Teres setingkat / 2 bilik
06-2681419/013-6532149
RM 150.00
Terletak di Pusat Bandar Melaka. Dekat dgn Melaka Sentral/Tesco/Jaya Jasco/ tempat makan (sehingga pukul 3 pagi)/River Cruise. Lengkap peralatan memasak/seterika dsb. Aircond bilik utama. Tuala/sabun disediakan. Boleh keluar lambat (Max : 5ptg) jika tiada org book utk hari seterusnya.


Inap Mesra Molek
N0,25, Jln.1, Taman Air Molek Mesra, 75460, Melaka
Berkembar 4 bilik
013-6135884
RM 180-200
Rumah baru, tepi sawah-kg, 10-15 min dr Air Keroh, Bandar Melaka, Bandar Hilir, Medan Ikan Bakar. 5 minit perigi Hang Tuah. Dekat dgn Kedai Harga Patut Duyung. Kawasan luas utk parkir. A/cond,kipas. Utk Muslim sahaja


Honey Villa Melaka Homestay
35 Jalan TU 17 Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, 75450 Melaka
Semi D 2 tingkat / 4 Bilik
013-6135884
RM250 Ahad-Khamis / RM300 Jumaat & Sabtu
2 km dari Plaza Tol Ayer Keroh. Boleh memuatkan keluarga yang ramai. Set BBQ, WiFi percuma 24 jam, berhampiran lokasi pelancongan di sekitar Ayer Keroh. Suasana tenang siang dan malam, parking berbumbung penuh utk 2 buah kereta, kerusi taman, netball, halaman cantik.


Ariffin Homestay
Ujung Pasir, Melaka
Town house/2 bilik
012-6110093/melakahomestay2u@yahoo.com
RM 180
Terletak di tengah-tengah bandar Melaka iaitu di Ujung Pasir. Mempunyai 4 buah bilik dan 3 bilik air. Kemudahan yang ada: Tv, astro, air-cond, water-heater, dry kitchen. Lokasi berhampiran dengan Bandar Hilir dan medan ikan bakar.


Jentayu Homestay
G-G-1, Blok Melor, Jalan TU61, Taman Tasik Ayer Keroh, 75450 Melaka
Apartment 3 bilik
012-6652784
RM 150
Astro, WIFI, peralatan memasak, peti ais, mesin basuk.


Baitul Aidzah
20, Jasa Merdeka 27, Tmn Datuk Tamby Chik Karim Batu Berendam Melaka
Teres 2 tkt/3 blk
012-6188867 / azielia@oum.edu.my
RM70-100.00
Harga promosi kerana baru dibuka. Hanya 7 minit dari tol ayer keroh, bandar Melaka. Berdekatan airport. Lengkap berperabot serta keperluan memasak. Sesuai utk persinggahan percutian, majlis perkahwinan , hariraya & konvokesyen . Discount jika lebih 2 malam.


SinggahSana HomeStay
Tmn Tasik Utama, Air Keroh, Melaka
Teres / 3 bilik
013 6516331
160 per day
Zoo Melaka, MITC, Malaka Wounderland 5 min.Jasin Hot spring, Bandar Melaka 10 min.A Famosa,Bandar Hilir 15 min,Medan Ikan Bakar Umbai 20 min. Bagi penginapan > 2 hari, Percuma sarapan pagi 1 hari.


Penginapan Hani
29 Jln Jati 6, Tmn Jati, Bt Berendam, Melaka
Teres 2 tingkat
109-663 1040, aniramokhtar@yahoo.com
RM250 (nego)
Berhampiran dengan Tol Ayer Keroh, Hospital dan masjid Al Adzim, 800 m dari Airport Batu Berendam, 13 minit ke Bandar Hilir (jln lurus), 7 min ke Melaka Central.


Azmirah Homestay
No.91 Jln. TU 43B, Tmn.Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Teres / 3 bilik
019-6675363 / azmirah2229@gmail.com
Weekdays@RM160 / Weekend n Public Holiday @ RM180
3 bilik berhawa dingin,3 katil (divan) bersaiz queen,tv,astro,sofa,meja makan,seterika,dapur & kelengkapan memasak. Homestay kami terletak di dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya, MITC Ayer Keroh.


Bukit Beruang Homestay
620 Jln.Delima 10,Tmn.Bukit Melaka.Bukit Beruang 75450 Melaka
Semi-D dua tingkat / 4 bilik
013-6188990(Tan) /012-2752932(Lai), bbhomestay@hotmail.com
RM 250/mlm
15 min dari tol Ayer Keroh. Penginapan selesa dan sesuai untuk keluarga yang ramai. Fully furnished,bilik berhawa dingin dll. Berhampiran dengan MMU,MITC,Wonderland Theme Park, Melaka Mall dll. 10km ke Bandar Melaka.


Jerry homestay
No 2, Taman Datuk Palembag Bukit Baru
Teres corner lot/4 bilik
0123927305 / homestaylow@hotmail.com
RM240
Saya menyediakan tempat penginapan yang selesa, murah dan bersih. Lokasi yang amat mudah untuk orang luar ke Melaka. 10min dari tol Ayer Keroh.Fully furnished dan ber aircons. Sesuai untuk pelancong, hadir kenduri dan untuk berehat.


Santai Homestay Melaka
BKI 9B Taman Bukit Katil Indah, Bukit Katil
Teres setingkat/ 2 bilik
019 2080690
RM120
Rumah teres setingkat, 2 bilik tidur + 2 bilik air.Berhawa dingin(bilik utama) yang lain berkipas. fully furnished. parking boleh memuat 2 kereta. Berdekatan pusat pelancongan.


Maskadry Homestay Apatments
No.F1, Jalan SP1, Taman Seri Pandan, 75250 Melaka.
Apartment 3 Bilik
012-6969384/maskadry@yahoo.com
RM150-RM180/Semalam
Maskadry Homestay Aparments menyediakan 4 unit Apartment 3 bilik. Kemudahan penghawa dingin,TV,Sofa,dapur,seterika dan lain-lain kemudahan.


Raihana Homestay
Jln TU 43B, Tmn Tasik Utama, Ayer Keroh.
Teres 1 Tingkat / 3 bilik
Shaharuddin019-6556202
RM180/mlm
Fully furnished, 3 bilik tidur berhawa dingin, TV/Astro, kelengkapan dapur/memasak, peti sejuk, mesin basuh dll. Sesuai utk percutian keluarga, persinggahan majlis perkahwinan, konvokesyen dsb.


HR Ayer keroh Homestay
Rumah Pangsa Ayer Tmn Keroh Height,Bukit Beruang, Melaka.(Bersebelahan IPK Melaka)
Rumah pangsa / 3 Bilik
019-7305601 Hana
RM120-RM150
Penginapan selesa harga berpatutan, amat sesuai untuk famili yang ramai, terletak ditempat strategik, berdekatan zoo, taman buaya dan sebagainya. Kelengkapan rumah yang baik, tv astro. Boleh memasak didapur dan peti ais disediakan.


Hawajaya Homestay
Perigi Hang Tuah, Duyong, Melaka
Rumah 3bilik Berkipas dan Rumah 7 bilik berhawa dingin
016-6797115/apizc2008@yahoo.com
Rumah 3 bilik RM 150
Hawajaya Homestay mempunyai 2 jenis kediaman untuk disewa iaitu rumah 3 bilik dan berkipas dan juga sewaan bilik sahaja dengan kadar yg berpatutan. Bilik juga di lengkapi dgn bilik air sendri.


Mohaizam Homestay
No. 9, TMn Mesra Kandang, Air Molek, Melaka
Teres 3 blk, 2 blk air
019-6544636 / 019-6050277
RM180 sehari
Hawa dingin, ruang makan/tamu. Meja makan, peti sejuk, tv, dapur gas, periuk nasi. 15 minit ke Air Panas Jasin, Bandar Hilir, Dataran Pahlawan, Menara Taming, Kota A Famosa, Muzium Samudera, Pahlawan Walk, Melaka River Cruise.


Harith Guest House
Tmn Bukit Beruang Utama, Bukit Beruang, Melaka
teres 3 bilik/pangsapuri
019-6621260
RM150
Kami menawarkan 1 unit rumah teres dan 5 unit pangsapuri untuk disewa di Taman Bukit Beruang Utama dan Tmn Ayer Keroh Height. Jika berminat tel Khairul 0196621260


Homestay Gangsa Village
Dt 135 Bt. 7 Kg. Gangsa Durian Tunggal, Melaka
Banglo / 3 Bilik / 2 bilik air
013-6316311
RM150.00 (1 mlm)
Lokasi strategik dekat dengan MITC dan Stadium Hang Jebat. Fully furnished termasuk dapur dan peralatan memasak. Sesuai untuk bercuti, persingahan majlis perkahwinan dan majlis konvokesyen.


Jafmanurin's Homestay
Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya 75450 Melaka.
Apartment
0136800113/0196511646/jafmanurin@gmail.com
RM 170 semalam
Terletak dlm kaw. Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Zoo Melaka, Tmn Buaya, Tmn Lebah Sedunia, Tmn Mini Malaysia, Tmn Mini Asean,Tmn Rama-Rama, Dataran Sejarah, Tmn Botanikal, Tmn Seribu Bunga. Hampir dgn Mydin Hyper Market, pusat Fesyen MITC dll. Jarak ke Bandaraya Melaka lebih kurang 10km



Guesthouse Melaka
32 Jln MM 1/6 Taman Merak Mas, Bukit Katil Melaka
Teres corner lot/ 3 bilik
019-7500779
RM150/nite
Saya menyediakan tempat penginapan yang selesa, murah dan bersih. Lokasi yang amat mudah untuk orang luar ke Melaka. 10min dari tol Ayer Keroh.Fully furnished dan ber aircons. Sesuai untuk pelancong, hadir kenduri dan untuk berehat.


Sabarashi homestay
No 15, Jln 1/4A Tmn Pandan Jaya Melaka
Teres lot tepi
014 6662472
RM 350
4 Bilik, 3 bilik Air, lokasi strategik-berhawa dingin-parking kereta yang luas untuk 3 kenderaan.2 ruang tamu, 2 dapur termasuk peralatan memasak.


Nur Aleeds Homestay Melaka
Taman Sri Krubong Melaka
Teres 3 Bilik , Bilik utama aircond
012-6595438 norihanls@yahoo.com
RM150, RM 170 (cuti), boleh runding.
Sesuai untuk mereka yang ingin bercuti di Melaka, persinggahan majlis perkahwinan, penginapan ibu bapa majlis konvokesyen anak-anak. Berhampiran dengan Stadium Hang Jebat (SUKMA Melaka 2010) dan MITC.


Rizalfarid
NO.93 Bukit Katil Damail, 75450 Melaka
3 Rooms
016-6402640
RM70/room, RM150/house
Welcome to Dyan's Homestay Malacca


Denial's Homestay
Tmn Ayer Keroh Height, Melaka
Apartment dan Rumah Teres
019-6621260 / khairulhizam@yahoo.com
RM150-170
Pangsapuri dan rumah teres untuk disewa secara harian,mingguan dan bulanan.Sila hubungi Khairul Tel no:019-6621260 / 126060


AMS Homestay
Jasin Melaka
Basic/Studio/Semi D
0136042525/0123736548/azmanmdsafiee@gmail.com
RM100-200
Bercuti di Melaka? Kami ada 3 pilihan homestay : Basic Home-RM100/Studio Home-RM150/Semi-D-RM200. Tempah awal. Terkini! Utk Rombongan/lawatan bas ke Melaka, Pelancaran AMS Family Hostel pada Januari 2011.

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Negeri Sembilan

glo Janatul Fridaus
No.428 Jln Margosa 13, Tmn Bkt Margosa, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan
Banglo Berkembar 2 tingkat / 3 Bilik, 2 Bilik air
0193505923 Hj.Hamzah
1 Malam RM300, 2 Mlm seterusnya boleh dirunding
Mempunyai pelbagai kemudahan untuk keselesaan penginap. 8 Km dari Seremban, 4 Km Dari Giant Senawang, Berdekatan dengan Plaza Tol Lekas.

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Sarawak

Kucing

Cuti-Cuti Homestay
Lot 1445, Lorong 28A4 Jalan Batu Kawa Kuching
Teres Satu Tingkat Tepi
012 8991071 / rodhiah71@gmail.com
RM200 Semalam
4 Bilik tidur kelengkapan penginapan untuk tidur, memasak, cuci pakaian dan segala kelengkapan rumah disediakan.Laluan jalan menuju Serikin 15 Minit ke KIA atau ke Pusat Bandaraya Kuching. 014 5851971,012 8787306,012 8991071


Ellis Homestay
Jln Ellis, Kucing, Sarawak
Teres 2 tingkat corner/ 4 bilik/4 bilik mandi/tandas
016-5757 312 / 016-8948390 / tsheauwee@yahoo.com.my
RM320- RM420
Rumah yang moden design dan lengkap dengan semua perabot. Email saya untuk dapat gambar interior. Selesa, bersih dan luas kawasan rumah. Antara yang terbaik di Kuching sarawak. Khas untuk keluarga Muslim.



Baram

Maguh Homestay
Long Serian Ulu Tutoh, 98050 Baram, Sarawak
Rumah kampung 2 bilik
0168854148/0132862011/ senagokutang@hotmail.com
Rm 70.00 per person
Diperbuat daripada papan, selesa.

Senarai Hotel Di Terangganu - Hulu Terangganu

TASIK KENYIR GOLF RESORT P.O Box 32
Pos Malaysia Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu
Terengganu
09-6668888
HUTAN LIPUR SEKAYU Pejabat Hutan Lipur Sekayu
Hulu Terengganu
09-6811259
KENYIR SANCTUARY RESORT P.O Box 24
Pos Malaysia Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu
Terengganu
09-8244360
Faks : 09-8241504
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN Pulau Sah Besar
21700 Tasik Kenyir
Hulu Terengganu
Terengganu
019-2828586

Senarai Homestay/Rumah Rehat Di Perlis

Homestay Idaman
4 Lrg 4 Tmn Bk Kayangan, Kangar, Perlis
bilik: teres Satu Tkt.
0175562277
RM 150
Hawa dingin, kipas angin,tv, alatan masak, kabinet dapur, 3 bilik, 2 bilik air, dekat bandar, dekat pusat pengajian,dekat kemudahan asas, dekat sungai, bk,sawah padi, grills, selesa.


De Putera Homestay
16, Lorong Putera Satu, Taman Desa Putera, Jln Padang Katong, 01000 Kangar
Teres End Lot 3 bilik tidur berhawa dingin/2 bilik air
017-4508990 / 016-4843880 email : azmi990@gmail.com
RM 220 semalam
Ruang tamu luas, selesa. Dilengkapi tv 29inci (Astro), petisejuk, pemanas air, rice cooker dan seterika. Dekat dgn bandar Kangar (1km), Unimap (2.5km), Maktab Perguruan(5km), UiTM Arau(10km), MatrikulasiArau(10km), Politeknik(16km), KualaPerlis(12km), Hospital Tengku Fauziah(ikm), Stadium Utama(2.5km)


AF Homestay
30 Lrg 17, Tmn Sri Wang Fasa2 , 02600 Arau , Perlis
Teres Corner Lot / 3 bilik/
0134499101/0134218327 / sukun8888@yahoo.com.my
RM180/night
Rumah teres setingkat ,corner lot,fully furnish,2 aircond ,bilik utama dan ruang tamu, bersebelahan matrikulasi dan UITM Arau.Pakat mai ramai-ramai....


LN Homestay
No 4, Jln Indah 1, Taman Indah, 02600 Arau, Perlis
Semi-D
019-4589288/019-4409288 / email: latifbadri@yahoo.com
RM180.00 semalam
Lengkap dengan kemudahan asas dan selesa untuk seisi keluarga. Lokasi berdekatan 0.5km UITM Arau, 0.5km ke Kolej Matrikulasi Arau, Unimap, Politeknik Arau, pasaraya.


Desa Pulai Homestay
No 20, Taman Desa Pulai 2, Kangar, Perlis
Teres/ 3bilik/ 2 bilik air
012-4252011/019-4742035/Shamzulhisham08@gmail.com
RM200/night
Rumah fully furnish selesa, bersih. Dekat dengan semua tempat penting di Perlis seperti institut pengajian, Padang Besar,Kuala Perlis jeti ke Langkawi, dll


Banglo Klasik
No 1, Jalan Jambu Batu,Kg Teluk Jambu, Bintong, 01000 Kangar Perlis
Banglo - Klasik
049763734
RM150/mlm
Rumah banglo klasik. Bersebelahan sawah, parking luas. Ada bilik hawa dingin.


Homestay
9, Jln Hijrah 5, Tmn Hijrah, Kangar
Semi D 3 blk
0194548974/abrahmanmamin@yahoo.com.my
RM160/malam
Rumah berhampiran dgn Uitm, surau. Dilengkapi dgn kemudahan asas.


Bahagia Homestay
No.23, Jln Firdaus 6, Taman Sri Firdaus, 01000 Kangar , Perlis
Teres / 3 Bilik / 2 Bilik Air
019-5603402 /019-2646172
RM150
Mempunyai Semua Kelengkapan Asas. 10 Minit ke Pusat Bandar Kangar. Berhampiran Maktab Perguruan, Institut Latihan Perindustrian dan lain-lain.


Amirul Homestay
No 6, Km 6, Jalan Satu, Taman Santan 2, Jalan Santan, 01000 Kangar Perlis.
Rumah teres 3 bilik
017-5019151/04-9773390/email: amirulhomestay@yahoo.com
RM150.00 Semalam - Harga masih boleh dirundingkan
Terletak berhampiran dengan surau. Berdekatan dengan UniMap, Uitm, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Institut Perguruan, Politeknik Dll. Semua kemudahan disediakan seperti set peralatan tidur dan lain-lain lagi.


HZ Buget Homestay, Kangar
No. 9 Jln Hijrah 5, Tmn Hijrah 01000 Kangar, Perlis
Semi-D/ 3 Bilik
0194548974 / 0125214616
RM160.00 Semalam
0.5 km ke bandar Kangar / UniMap. Tidak jauh dari Ins. Perguruan Perlis, MRSM Beseri, Kolej Matrikulasi Perlis, UiTM Arau, Jeti Kuala Perlis.
Berdekatan dengan tempat reakreasi spt Tasik Melati, Gua Kelam, Sg. Batu Pahat, Tmn. Herba, Kebun Anggur , Ladang Mempelam Harumanis

Tip Membela Arnab

Mengapa memelihara arnab? Anda mungkin memelihara arnab untuk dijadikan binatang kesayangan ataupun untuk tujuan ternak.
Arnab sebagai binatang kesayangan: Anda perlu menentukan bilangan arnab yang ingin dipelihara. Sudah tentu anda tidak mahu mempunyai arnab kesayangan sehingga 30 atau 40 ekor. Di sini anda mempunyai pilihan:
a) memelihara hanya seekor arnab
b) memelihara arnab yang sama jantina,
c) memandulkan arnab dengan bantuan doktor haiwan.
Sekiranya ini tidak diambilkira, arnab akan membiak. Ingatlah!, arnab boleh membiak dengan sangat cepat dan dalam masa yang singkat anda akan mempunyai terlalu banyak arnab. Anda boleh memilih samada untuk memelihara arnab kesayangan di dalam rumah atau di luar rumah. Sekiranya anda ingin memelihara arnab di dalam rumah, banyak perkara yang harus diperhatikan:
a) perlu melatih arnab untuk membuang najis dan kencing di tempat yang disediakan,
b) perlu mencuci tempat najis dan kencing ini selalu kerana bau kencing arnab agak kuat kecuali jika arnab sudah dimandulkan, baunya akan berkurangan,
c) perlu sentiasa menyediakan air bersih dan bekasnya dicuci setiap hari,
d) perlu menyediakan sangkar yang baik untuk arnab tidur,
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar rumah
f) sembunyikan wayar dan kabel elektrik dan talipon kerana arnab suka menggigitnya.


Sangkar,kandang atau cage:

Jika anda memelihara arnab kesayangan di luar rumah, harus pula disediakan kandang yang baik dan mudah dibersihkan. Kandang yang biasa harus berlantaikan jaring dawai berukuran 1 inci x 0.5 inci supaya najis dan kencingnya tidak terkumpul di dalam kandang. Semasa arnab masih kecil, gunakan alas lantai berjaring halus. Jika tidak kaki arnab boleh tersepit di celah jaring lantai dan kemungkinan akan patah. Jika lantai kandang diperbuat daripada papan, arnab anda mungkin dijangkiti bakteria dan berkudis di tapak kakinya. Kudis ini biasanya bernanah. Saiz kandang yang sesuai ialah 2.5 x 2.5 x 2.5 kaki. Satu kandang untuk seekor arnab sahaja untuk mengelakkan pergaduhan dan kecederaan. Letakkan kandang arnab di tempat yang teduh, mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak panas, contohnya, tidak menggunakan atap zing. Sediakan sekeping papan kecil di dalam kandang anda sebagai tempat arnab baring kerana ia lebih suka baring di atas permukaan yang rata.


Makan dan minum:

Penjagaan makan dan minum sangat penting untuk menentukan kesihatan arnab. Ketika berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab yang boleh dibeli di kebanyakan kedai runcit. Selepas umur 3 bulan, anda harus membekalkan sedikit sayur-sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan, sekali-sekala (sajikan sayuran dan buah-buahan segar sahaja). Elakkan memberi kangkung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan arnab sakit perut. Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering. Jika anda hanya menggunakan baja untuk arnab dewasa tanpa kawalan, arnab akan menjadi terlalu gemuk dan tidak menarik lagi. Kadangkala ia akan mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Jika di dalam makanannya tiada serat (sayuran dan rumput) arnab anda mungkin akan mati sakit perut! Ini disebabkan bulu akan bergumpal dalam tali perut (hairball) dan menjadi tersekat. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk.
Jangan gunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan.
Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Sebaik-baiknya gunakan pembasmikuman yang boleh dibeli di kedai-kedai “pet shop”.
Jika kawasan rumah tidak berpagar, awasilah arnab anda ketika ia dilepaskan. Jika lalai, arnab anda mungkin diserang oleh anjing atau sesat dan tidak jumpa jalan pulang!
Arnab boleh hidup lama, sesetengahnya mencapai umur 5 hingga 8 tahun. Oleh itu, memelihara arnab sebagai binatang kesayangan bukan kerja yang mudah. Tugas memberi makan dan menjaga kebersihan serta kesihatan arnab setiap hari tidak boleh diabaikan. Jika tidak, ia bukanlah binatang kesayangan!


JANGAN:

a) Jangan mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh arnab berat tetapi tulang- tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara mengangkat arnab adalah dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang semula pada masa yang lain.

b) Jangan sergah arnab anda;

arnab sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu makan untuk beberapa hari.

c) Jangan lakukan arnab seperti seekor kucing;

Anda tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!.


d) Jangan abaikan arnab anda;

Apabila membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.



Arnab sebagai haiwan ternakan:

Arnab telah lama dijadikan haiwan ternakan dan sumber protein yang baik. Dagingnya lembut, halus dan kurang lemak. Untuk memelihara arnab ternakan, anda harus memilih baka yang sesuai kerana tidak semua baka arnab baik untuk diternak. Baka yang baik mempunyai ciri-ciri:
a) cepat membesar – 9-10 minggu,

b) cepat membiak – 3-4 bulan,

c) induk mempunyai susu yang banyak,

d) bilangan anak yang banyak (10-12 ekor sekali beranak).

Dua baka arnab yang terbaik untuk diternak adalah:
a) New Zeland white

b) Californian white.

Arnab dari baka lain yang turut diternak adalah Standard Rex, yang biasanya diternak untuk industri kulit. Lebih 30 baka arnab yang lain biasanya dipelihara sebagai hobi, binatang kesayangan atau untuk tujuan pameran. Pastikan anda memilih baka yang betul!
Arnab yang dijual di kedai-kedai atau di pasar tamu biasanya sudah dikacukkan dengan pelbagai jenis baka. Baka arnab tulen boleh didapati daripada pembekal komersil atau melalui jabatan berkaitan. Perlu diingat bahawa ternakan arnab tidak dapat mendatangkan keuntungan yang cepat. Ia memerlukan kerja tekun sepenuh masa dan pengawalan yang rapi untuk mendapatkan keuntungan yang sederhana. Ternakan arnab yang dijalankan dengan sambil lewa akan membawa kerugian.


Ternakan kecil-kecilan:

Ternakan arnab boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas, arnab anda mungkin akan beranak sebulan sekali! Untuk tujuan ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Jika anda memulakan ternakan anda dengan 3 ekor induk betina dan seekor jantan, anda akan mendapat sebanyak 90 ekor anak arnab setahun (purata 6 ekor seinduk sekali beranak dan beranak 5 kali setahun).
Mengawan: Arnab mengawan dalam masa yang singkat, kira-kira 2 saat sahaja. Arnab betina subur sepanjang masa. Oleh itu apabila mengawan, kemungkinan besar ia akan bunting. Arnab bunting selama 30-32 hari. Pada minggu kedua atau ke tiga selepas mengawan, arnab betina akan mula membuat sarang. Jika arnab anda bergerak bebas di atas tanah, arnab betina akan menggali lubang dan membawa rumput untuk membuat sarang. Ini harus diperhatikan kerana biasanya lubang sarang ini akan ditutup semula dan anda tidak tahu. Jangan biarkan arnab anda beranak dalam lubang tanah ini kerana anak-anak arnab biasanya akan mati kerana:
a) digigit semut,

b) dimakan oleh tikus atau kucing dan anjing,

c) lemas ketika hujan lebat.

Sebaik-baiknya, masukkan induk bunting ke dalam kandang pada akhir minggu ke empat. Berikan rumput kering dan letakkan sebuah kotak sarang di dalam kandang itu. Kotak ini boleh diperbuat daripada papan berlantaikan jaring dawai. Saiznya adalah 1.5 x 1 kaki. Arnab anda akan mula menyusun rumput dan membuat sarang di dalam kotak itu. Sehari sebelum ia beranak, ia akan mencabut bulu badannya untuk diletakkan di dalam sarang itu. Anda boleh menyaksikan peristiwa ia melahirkan anak pada hari ke 30 atau 31 selepas mengawan, iaitu sebaik sahaja ia selesai mecabut bulu. Jangan ganggu arnab yang sedang beranak kerana jika ia terperanjat, ia mungkin akan:
a) memakan anaknya,

b) melompat dan terpijak anaknya

c) menghentak kaki belakang (tanda awas) dan secara tidak sengaja terpijak anaknya.

Panduan:

a) Jika induk kematian semua anaknya selepas 2 kali beranak, ia tidak sesuai dijadikan induk.

b) Anda boleh bahagikan anak-anak arnab kepada induk lain yang bilangan anaknya sedikit supaya anak mendapat susu yang cukup.Arnab baka New Zealand white boleh menghasilkan 10-12 ekor anak sementara baka Californian white boleh menghasilkan 8-10 ekor anak. Periksalah anak-anak arnab ini selepas sehari dan buang anak yang mati. Berikan bekalan makanan dan air bersih. Arnab biasanya makan sepanjang masa tetapi lebih banyak makan pada waktu awal pagi dan lewat petang.

c) Seekor induk boleh beranak dengan baik selama 2 tahun. Selepas itu gantikan dengan induk baru.

d) Arnab boleh menghasilkan daging yang elok selepas berumur 9 atau 10 minggu. Ketika ini dagingnya lembut dan halus. Selepas umur 10 minggu, ia membesar dengan perlahan tetapi kuat makan. Anda rugi jika menyimpannya terlalu lama.


Ternakan secara besar-besaran:

Ternakan secara besar-besaran memerlukan pengurusan dan pemilihan baka serta penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh kerana penghasilan anak arnab yang cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan yang sesuai berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai ternakan arnab secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawai-pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di tempat anda.

Artikel ini telah diterbitkan sebagai sehelai pamplet dan diedarkan sempena Pesta Rumbia di Pantai Sawangan, Kuala Penyu 14-15 Ogos 1999. Maklumat yang terkandung dalam pamplet ini adalah sebagai panduan ringkas tentang pemeliharaan arnab. Orang ramai yang berminat sebaik-baiknya mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum memelihara arnab samada untuk tujuan binatang kesayangan atau ternakan.



teks dari : http://miepeatyrabbit.blogspot.com/2009/09/cara2-menjaga-arnab-dan-cara2-ternakan.html

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger